Home » Srikandi BERSATU dakwa Hannah buat kenyataan berbaur hasutan, minta polis siasat
Berita Dalam Negara Politik

Srikandi BERSATU dakwa Hannah buat kenyataan berbaur hasutan, minta polis siasat

Kenyataan Media Srikandi Bersatu Malaysia.

KUALA LUMPUR – Srikandi BERSATU Malaysia meminta polis menyiasat Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang didakwa membuat kenyataan berbaur hasutan.

Srikandi dalam kenyataannya media hari ini mendakwa, Hannah telah memuat naik dalam akaun Facebooknya yang menghasut rakyat Sabah dan Sarawak dengan memberi gambaran wujudnya parti politik yang bermain dengan ketegangan kaum dan agama dalam kalangan rakyat.

“Kenyataan yang sama oleh Hannah juga menghasut rakyat Sabah dan Sarawak supaya menolak Perikatan Nasional (PN) berdasarkan dari gambar yang disiarkan iaitu Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Kenyataan pemimpin DAP ini serius dan Srikandi mohon polis siasat,” kata kenyataan itu.

Baru-baru ini, Hannah melalui Facebooknya, Hannah Yeoh, memuatnaik status dalam dwi bahasa, “Kepada rakyat Sabah dan Sarawak, beritahu kepada parti-parti yang anda pilih – bahawa anda mahukan kerajaan Persekutuan mewakili pelbagai kaum di Putrajaya, bukannya yang mahu menimbulkan ketegangan kaum dan agama dalam kalangan rakyat Malaysia.

“People of Sabah and Sarawak, let the political parties who represent your interest know – that you want a multiracial Federal Government in Putrajaya and not one who toys with racial and religious tension among Malaysians.

Bersama status itu, beliau turut memuatnaik gambar Muhyiddin dan Abdul Hadi dengan perkataan, “PN – Bukan yang ini”.

Berita Bersatu