Home » Muhyiddin lebih bijak, akan faham keputusan GRS, kata Hajiji
Berita Tempatan Politik

Muhyiddin lebih bijak, akan faham keputusan GRS, kata Hajiji

Hajiji Noor berkata GRS menyertai kerajaan perpaduan kerana memikirkan kepentingan Sabah.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Hajiji Noor yakin Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin memahami keputusan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyertai kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.

Pengerusi GRS itu berkata, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira keutamaan dan manfaatnya untuk Sabah.

“Kita memikirkan kepentingan Sabah di bawah GRS, di mana kita memberi keutamaan kepada negeri ini, saya ingat Tan Sri (Muhyiddin) tahu akan hal ini dan dia lebih bijak.

Presiden Bersatu Malaysia merangkap Pengerusi Perikatan Nasional, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya ingat tiada masalah kerana ini keputusan kita dalam GRS,” katanya selepas pembentangan Bajet 2023 Sabah di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Terdahulu, Anwar hari ini mengesahkan GRS menyertai kerajaan perpaduan pimpinannya.

GRS merupakan gabungan lima parti – Bersatu, STAR, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Usno. Tetapi, Bersatu bersama SAPP dan STAR sebahagian daripada PN yang diterajui Muhyiddin.

Sebelum ini, GRS bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyokong PN dan Muhyiddin membentuk kerajaan baharu selepas pilihan raya umum ke-15.

Tetapi, dua gabungan itu kemudiannya akur dengan sebarang keputusan Yang di-Pertuan Agong berhubung pembentukan kerajaan perpaduan.

– – Willie Jude

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment