Home » Golongan pengundi muda rakam syabas dan tahniah kepada Jonathan Yasin
Berita Tempatan

Golongan pengundi muda rakam syabas dan tahniah kepada Jonathan Yasin

Seorang pengundi baru, Siti Shafwati Binti Mohd.Hafiz@Suning (gambar) memberitahu, Datuk Jonathan hanya tewas pada calon Harapan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Napong.

RANAU: Golongan pengundi muda di daerah ini, merakam syabas dan tahniah atas  kejayaan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen P.179 Ranau, Datuk Jonathan Yasin kerana berjaya mengekalkan jawatanya sebagai Ahli Parimen Ranau, apabila meraih 22,606 undi pada PRU15 baru-baru ini.

Jonathan yang juga bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, menewaskan calon Harapan, Thaufek Dahlan (11,594 undi), Markos Situn (Warisan) 2,654 undi, Ewon Ebin (PBRS) 4,254 undi dan Azizul  Julirin(Pejuang) 1,267 undi.

Seorang pengundi baru,  Siti Shafwati Binti Mohd.Hafiz@Suning (gambar) memberitahu, Datuk Jonathan hanya tewas pada calon Harapan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Napong.

” Di 53 daripada 54 PDM dan 149 Saluran mengundi Parlimen Ranau,  telah dimenangi Datuk Jonathan”, jelas Siti Shafwati yang seterusnya mengucap syabas dan tahniah  kepada Datuk Sri Anwar Ibrahim atas perlantikannya menyandang jawatan Perdana Menteri ke-10 Malaysia.

” Kita ucapkan syabas kepada Datuk Sri Anwar atas jawtan itu dan mengharapkan Malaysia  terutama Sabah yang masih ketinggalan dari segi pembangunan infra akan terus membangun dengan jayanya.

JAINUDDIN NASIR