Home » Portugal tepati ramalan ke pusingan 16 terbaik
Berita Luar Negara Sukan

Portugal tepati ramalan ke pusingan 16 terbaik

Portugal tidak berdepan masalah mara ke pusingan ke-16 selepas menewaskan Uruguay, 2-0 sebentar tadi.

DOHA – Portugal menepati ramalan mara ke pusingan 16 terbaik saingan Piala Dunia 2022 selepas tidak berdepan masalah menewaskan Uruguay 2-0 pada aksi kedua Kumpulan H, sebentar tadi.

Beraksi di Stadium Lusail itu, Portugal turun dengan kesebelasan terbaik dengan menyenaraikan jentera serangan terdiri daripada Joao Felix, Cristiano Ronaldo dan Bruno Fernandes.

    https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.546.0_en_gb.html#goog_1042600211Aksi hambar pada babak pertama dipamerkan dengan Uruguay hanya memiliki peluang menjaringkan gol pada minit ke-32 hasil percubaan daripada Matias Vecino namun berjaya diselamatkan penjaga gol Uruguay, Diego Costa.

    Bersambung pada babak kedua, anak didik Fernando Santos itu nampak lebih tajam dan hanya memerlukan sembilan minit untuk membuka jaringan hasil hantaran bola Fernandes dari luar kotak penalti yang gagal dibaca Costa.

    Tersentak dengan gol tersebut, Uruguay memasukkan Luis Suarez, Maxi Gomez dan Facundo Pellistri.

    Fernandes mudah menyempurnakan sepakan penalti untuk gol kedua, Portugal.

    Keghairahan Uruguay memburu gol penyamaan membawa padah apabila serangan balas Portugal memberikan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pertahanan Uruguay ketika cuba mengekang asakan lawan.

    Fernandes yang diberikan amanah untuk menyempurnakan tendangan tersebut tidak berdepan masalah untuk menjadikan kedudukan 2-0 buat Portugal.

    Nadi utama pasukan Manchester United itu hampir meledakkan jaringan hatrik sebelum wisel penamat ditiupkan tetapi rembatan yang dilakukan terkena palang dan keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan. – AGENSI.

    Utusan

    About the author

    Wa

    Add Comment

    Click here to post a comment