Home » 13 soalan dijawab pada hari kedua sidang DUN Sabah
Berita Tempatan

13 soalan dijawab pada hari kedua sidang DUN Sabah

Suasana sekitar sidang DUN Sabah pada Selasa.

KOTA KINABALU: Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Keenam Belas hari ini menyaksikan 13 soalan sempat dijawab dalam sesi pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan.

Antaranya, Menteri dan Pembantu Menteri daripada Kementerian Kewangan, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, Kementerian Tugas-Tugas Khas, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan. Kementerian Kerja Raya serta Kementerian Pertanian dan Perikanan. 

Turut mengambil bahagian pada sesi pertanyaan berkenaan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Silam, Banggi, Kepayan, Liawan, Bongawan, Telupid, Sulabayan, Kukusan, Sindumin, Gum-Gum, Moyog, Elopura, Kunak serta ADUN dilantik, Datuk Seri Yong Teck Lee.

Pada hari kedua persidangan, perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 dan Usul untuk membawa Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 diteruskan sehingga petang. 

Sidang hari kedua dihadiri Menteri Kewangan II, Datuk Seri  Masidi Manjun, Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Yeoh Soon Hin dan Setiausaha Kerajaan Negeri,  Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong.

wartaoriental