Home » AirAsia mulakan penerbangan Singapura-Sibu 16 Disember
Berita Am Berita Dalam Negara

AirAsia mulakan penerbangan Singapura-Sibu 16 Disember

AirAsia akan memulakan penerbangan Singapura-Sibu sebanyak empat kali seminggu mulai 16 Dis ini. – Gambar/ Reuters


KUCHING:
Syarikat penerbangan AirAsia akan memulakan penerbangan Singapura-Sibu sebanyak empat kali seminggu mulai 16 Dis ini, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

“Kita juga akan ada (penerbangan) Singapura-Kuching dan Singapura-Miri. Kita semakin hampir kembali ke (keadaan) sebelum pandemik COVID-19,” katanya selepas merasmikan acara Third Business Events Tribal Meet di sini hari ini.

Abdul Karim berkata penerbangan Singapura-Kuching dan Singapura-Miri akan dikendalikan oleh syarikat penerbangan Scoot. 

Di samping itu, beliau berkata Sarawak juga akan mempunyai syarikat penerbangannya sendiri di rantau ini yang dijangka bermula tahun hadapan.

“Sarawak memang sudah ada syarikat penerbangan kecil sendiri yang beroperasi di negeri ini yang digunakan kerajaan negeri dan akan memainkan peranan penting dalam syarikat penerbangan Sarawak terbabit,” tambahnya. — BERNAMA 

AWANI

About the author

Wa

Add Comment

Click here to post a comment