Home » Dinamika Dan Warna Warni Politik Di Sabah Dan Sarawak
Berita Tempatan Sudut Pandangan

Dinamika Dan Warna Warni Politik Di Sabah Dan Sarawak

Sejak tahun 1964 hingga kini, sebanyak 7 buah parti yang berbeza telah menerajui kepimpinan politik di Sabah.

Sabah dan Sarawak sememangnya adalah negeri yang unik dan istimewa terutama dalam meraikan serta mengurus kepelbagaian antara mereka.

Umumnya, budaya politik masyarakat Sabah dibentuk oleh amalan politik berdasarkan kaum (etnikisme) dan politik pembangunan.

Budaya politik etnikisme ini dapat dilihat melalui penubuhan parti politik United Sabah National Organisation (USNO), United National Kadazan Organisation (UNKO) dulu*, Pasok Momogun dan lain-lain yang memperjuangkan kedudukan setiap etnik.

Sejak tahun 1964 hingga kini, sebanyak 7 buah parti yang berbeza telah menerajui kepimpinan politik di Sabah.

Memahami hakikat tersebut, permuafakatan politik telah menjadi satu praktik di Sabah bagi mewujudkan kestabilan dan membentuk gagasan politik yang kuat di sana.

Sarawak juga sudah mengamalkan politik inklusif. Sarawak telah membuktikan tidak ada mana-mana etnik yang dapat menubuhkan kerajaan tanpa penyertaan etnik yang lain.

Majoriti etnik di Sarawak menyertai parti berbilang kaum seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP). Kesemua parti berteraskan tempatan diketuai oleh pemimpin tempatan tanpa mengira etnik.

Hingga ke hari ini, permuafakatan politik sebagai jalan mencapai matlamat politik terus dipraktikkan.

Bahkan sekiranya berbangkit isu yang membabitkan perubahan dalam pentadbiran Sabah dan Sarawak, kedua-dua rakyat negeri ini akan bangkit bersatu memperjuangkan hak mereka walaupun wujud jurang perbezaan dari segi etnik, bangsa dan agama.

Inilah keunikan dan kekuatan politik Sabah dan Sarawak yang yang menjadi tunjang kepada kekuatan demokrasi dalam negara kita.

Sekian

#PrihatiN #BersihdanStabil #PNBEST

*Mustaman Mustain merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah. Penulisan ini merupakan pandangan beliau.

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment