KEADAAN politik Sabah pasca PRU-14, macam politik tikam nombor, kadang mengena kadang tidak.
Pada Disember 2018, selepas BN tumbang menerajui kerajaan Persekutuan pada PRU-14 diikuti kerajaan plus Sabah juga tumbang, semua MP dan ADUN Umno keluar (kecuali 4 yang lebih dahulu menyokong Datuk Shafie Apdal) daripada parti disertai beberapa Ketua Bahagian, yang kemudiannya menyertai berbagai parti, tetapi majoritinya menyertai Parti Bersatu, ada juga yang kembali semula ke parti asal, sementara sebahagiannya menubuhkan parti sendiri, kecuali masing-masing seorang MP dan ADUN.
Sebelum itu, parti komponen UPKO awal-awal lagi keluar bersama-sama 4 ADUN Umno penyebab tumbangnya Kerajaan Tan Sri Musa Aman.
Selepas kerajaan BN Plus Sabah tumbang, parti PBS keluar BN.
Sehingga Mac 2020, semua ADUN Bersatu mesra Kerajaan Warisan Plus kemudiannya menjadi pembangkang di peringkat negeri kerana Kerajaan Warisan Plus, tidak bersama-sama kerajaan Persekutuan yang diterajui Tan Sri Muhiyiddin Yassin yang mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 29 Februari 2020.
Tiada yang menyangka Kerajaan Warisan Plus yang diketuai Datuk Shafie Apdal akan tumbang, mengingatkan sokongan ADUN lebih 2/3, akan tetapi Gerakan Tan Sri Musa Aman selepas mantan Ketua Menteri terlama Sabah tersebut menyelesaikan isu-isu perundangan di Mahkamah, menyebabkan Shafie hilang sokongan ADUN, sebaliknya menyokong Musa dilantik sebagai Ketua Menteri negeri Sabah, malangnya Musa tidak sempat mengangkat sumpah kerana Shafie lebih dahulu memohon TYT Sabah membubarkan DUN pada 30 Julai 2020, dan membuka jalan diadakan PRN-16 Sabah pada September 2020.
Seperti mana yang kita ketahui, keputusan PRN tersebut, calon-calon PN-BN menerusi gagasan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menang 38 kerusi, Warisan Plus 32 dan bebas 3.
Berasaskan keputusan PRN Sabah, nisbah kemenangan antara parti lokal dan nasional 55:45, yang membawa erti, bahawa parti yang disokong rakyat Sabah adalah parti campuran lokal dan nasional.
Mengambil iktibar pada aspirasi rakyat Sabah pada PRN-16 yang memberi mandat pada GRS, maka ianya didaftar sebagai parti pada Mac 2022, akan tetapi salah satu parti yang menyokong gagasan tersebut, BN, tidak dapat menyertainya, kerana bertembung peraturan ROS. Kerana itu, kerajaan Sabah yang dikenali selepas PRN-16 Sabah sebagai Kerajaan GRS, dijenamakan sebagai Kerajaan GRS-BN.
Kerjasama antara GRS-BN berlanjutan sehingga pada PRU-15, dengan persefahaman, jika BN yang mendapat peluang membentuk kerajaan Persekutuan, maka GRS akan menyokong, jika sebaliknya, maka dengan sendirinya persefahaman terbatal.
Kronologi selepas PRU-15 diumumkan, tiada mana-mana blok parti mendapat majoriti mudah, termasuk lah BN, manakala blok parti yang mempunyai peluang menubuhkan kerajaan ada lah PH ataupun PN.
Sebaik sahaja Pengerusi SPR mengumumkan tiada mana-mana parti melepasi angka 50%, yang juga bererti parlimen tergantung, demi semangat blok borneo, GPS dan GRS telah mengumumkan menyokong kerjasama PN-BN-GPS-GRS dan menamakan Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri ke-10.
Malangnya, Pengerusi GPS dan GRS terperangkap, apabila BN, enggan menyertai kerjasama tersebut, sebaliknya hanya melibatkan 10 ahli parlimen daripada parti itu, dan surat akuan bersumpah (SD) diutus pada Istana sebelum pukul 2 petang 21 November, batas waktu pertama, tetapi batas waktu dilanjutkan sehingga 2 petang hari berikutnya, maka telah menyebabkan 10 MP yang awalnya menyokong Muhiyiddin menarik balik surat akuan bersumpah, diikuti keputusan GPS menyerahkan pada budiciara YDP Agong bagi penamaan calon PM-10. Kerana perubahan tersebut, GRS juga membuat keputusan yang sama, kemudiannya disusuli Umno menyokong asalkan bukan PN, maka akhirnya Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat jumlah kerusi yang diperlukan untuk dinamakan calon PM-10, dan seterusnya dilantik pada jawatan tersebut pada petang 24 November.
Kini, komponen GRS dan PN di persimpangan. Kerana kedudukan tersebut, salah satu parti komponen, iaitu STAR keluar daripada PN, atas sebab PN adalah parti pembangkang di Dewan Rakyat.
Langkah awal dibuat STAR atas sebab ahli parlimen parti itu tidak boleh mempunyai kerusi yang berbeza di Parlimen, dan kebetulan Presiden parti itu, adalah ahli parlimen.
Untuk SAPP tidak merumitkan sangat, kerana tiada ahli parlimen, akan tetapi Bersatu, ada rumit sedikit, kerana semua MP parti itu akan duduk di barisan kerajaan, walaupun atas tag GRS.
Melihat senario politik tanah air pasca PRU-15, Bersatu Sabah kerana memperhalusi sebarang keputusan, kerana akan memberi kesan pada hala tuju di masa akan datang.
Jika mengkaji keputusan PRU-15, tersangat jelas, dua blok parti di Semenanjung yang menjadi pilihan rakyat, iaitu PH dan PN. Jika keputusan Parlimen Padang Serai berpihak pada PN, maka kedudukan antara dua parti itu adalah sama, itu masing-masing dengan 71 kerusi.
Dua blok parti itu, sangat bergantung pada sokongan BN dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak, seperti mana berlaku pada Kerajaan Campuran yang diterajui PH, yang diberi nama KERAJAAN PERPADUAN.
Penulis melihat, antara PH dan PN, mana satu parti yang menjadi dominan di Semenanjung bergantung pada 6 PRN tahun hadapan.
Jika dilihat secara keseluruhan kekuatan antara PH dan PN adalah seimbang, apabila merujuk pada parti yang mesra PN, maka kedua-duanya mempunyai jumlah kerusi 82:82.
Melihat pada senario politik terkini, penulis percaya, Bersatu Sabah dalam persimpangan, membuat keputusan berpihak atau mengekalkan ‘KEUNIKKAN” politik Sabah? Sama-Sama nantikan apa yang berlaku!!!.
Add Comment