Home » Piala Dunia Qatar: Perancis ke separuh akhir selepas tewaskan England
Berita Luar Negara Sukan

Piala Dunia Qatar: Perancis ke separuh akhir selepas tewaskan England

Penjaga gol Perancis Hugo Lloris menolak bola sambil dicabar pemain England Marcus Rashford (tengah) pada perlawanan suku akhir Piala Dunia di Stadium Al Bayt di Al Khor, Qatar, pada Sabtu. -AP


DOHA:
Perancis layak ke separuh akhir Piala Dunia Qatar selepas menang 2-1 ke atas England dalam perlawanan yang cukup mendebarkan semalam.

Aurelien Tchouameni membuka jaringan pada minit ke-17 dengan rembatan 25 meter melepasi jangkauan Jordan Pickford.

Harry Kane menyamakan kedudukan untuk England pada minit ke-54 melalui sepakan penalti selepas Saka dikasari di hadapan gol oleh Tchouameni.

Olivier Giroud menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-78 melalui tandukan padu hasil daripada hantaran lintang oleh Antoine Griezmann.

Kane bagaimanapun terlepas peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-83 apabila sepakan penaltinya melepasi tiang gol.

Kemenangan 2-1 itu melayakkan pasukan Perancis ke perlawanan separuh akhir menentang Maghribi pada Khamis, 15 Disember jam 3 pagi di Stadium Al Bayt.

AWANI