Home » Eksodus jadikan Sabah lebih bersatu: Majlis Belia KDCA
Berita Tempatan Politik

Eksodus jadikan Sabah lebih bersatu: Majlis Belia KDCA

Steve menjelaskan bahawa identiti Sabah, atau dalam hal ini Borneo, adalah berbeza daripada identiti di Semenanjung Malaysia.

KOTA KINABALU: Majlis Belia Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) berkata perkembangan politik terkini di Sabah yang menyaksikan kerajaan memerintah, Gabungan Rakyat Sabah (GRS), akan bersatu sebagai gabungan tempatan sepenuhnya akan memperkasakan lagi komuniti orang asal.

Pengerusi Majlis Belia, Steve Johnny Mositun, berkata adalah sesuai untuk komuniti orang asal di Sabah diwakili oleh parti politik tempatan.

“Siapa yang lebih memahami aspirasi sebenar mereka, cabaran dan keperluan mereka selain daripada parti politik tempatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ahli-ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah keluar beramai-ramai daripada parti induk berpangkalan di Semenanjung Malaysia baru-baru ini, satu tindakan yang mendapat sambutan hangat daripada ramai pemimpin parti tempatan dari seluruh Borneo.

Menyuarakan sokongan mereka terhadap keputusan itu, majoriti rakyat Sabah dan Sarawak melihatnya sebagai satu lonjakan besar ke hadapan ke arah merealisasikan sepenuhnya Blok Borneo.

Walaupun bukan sebuah entiti politik, Majlis Belia KDCA mengulas bahawa gabungan GRS yang terdiri daripada semua parti tempatan Sabah bertindak sebagai satu kuasa politik akan mengukuhkan identiti Sabah yang sebenar.

Steve menjelaskan bahawa identiti Sabah, atau dalam hal ini Borneo, adalah berbeza daripada identiti di Semenanjung Malaysia.

“Sabah adalah rumah kepada banyak komuniti etnik yang berbeza. Setiap satunya mempunyai bahasa ibunda, tradisi, kepercayaan dan sebagainya yang tersendiri.

Walaupun kami sangat pelbagai, kami terkenal dengan perpaduan dan cara hidup kami yang cintakan kedamaian.“Inilah yang kita panggil identiti Sabahan.

Majlis Belia KDCA akan sentiasa mempromosi dan mempertahankan perkara ini dan kami gembira krana ada gabungan GRS untuk menyediakan kekuatan iltizam kepada kami,” kata Steve.

Pergerakan itu katanya berharap GRS dan GPS di Sarawak akan mencapai kemajuan berterusan dalam membentuk blok politik yang lebih kukuh di Borneo yang melayani kepentingan rakyat di kedua-dua wilayah.

KDCA ialah sebuah pertubuhan bukan politik yang terdiri daripada lebih 40 komuniti etnik peribumi di Sabah.

“Berbeza antara satu sama lain menjadikan kita terdedah kepada percubaan orang luar untuk memecahbelahkan kita dan memerintah kita.

“Tetapi apabila kita bersatu dari segi politik dan budaya walaupun terdapat perbezaan, tiada siapa boleh memanipulasi dan mengeksploitasi kita.

“GRS sekarang adalah permulaan yang baik untuk memiliki hak kita untuk menentukan identiti politik kita sendiri yang benar-benar orang Sabah dan Borneo,” tambah Steve.

EDITOR

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment