Home » Pelantikan Khairul timbalan menteri MOTAC tepat
Berita Tempatan Politik

Pelantikan Khairul timbalan menteri MOTAC tepat

Ahli Parlimen Batu Sapi, Khairul Firdaus Akbar Khan

SANDAKAN: Pelantikan ahli Parlimen Batu Sapi, Khairul Firdaus Akbar Khan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) adalah tepat serta mampu meningkatkan industri pelancongan di Sabah khususnya di daerah ini.

Yang Dipertua Persatuan Rencah Wawasan Bajau Sandakan Shamsul Kelana Samlee berkata, parlimen Batu Sapi boleh dijadikan kawasan pelancongan yang boleh dikunjungi oleh orang ramai.


Katanya, bongkah batu menyerupai haiwan sapi yang menjadi mercu tanda kepada kawasan Batu Sapi boleh dijadikan tarikan pelancong luar dan dalam negara.

Yang Dipertua Persatuan Rencah Wawasan Bajau Sandakan Shamsul Kelana Samlee


“Selain itu, keunikan pulau-pulau yang terdapat di daerah ini juga dapat dijadikan pusat pelancongan seperti di tempat lain.
“Kawasan palimen Batu Sapi mempunyai 14 buah pulau kecil yang cantik dan boleh dikunjungi oleh pelancong luar,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.


Menurutnya, kawasan Batu Sapi juga kaya dengan kesenian dan budaya yang boleh dijadikan produk pelancongan.


“Keunikan budaya suku kaum dan makanan tradisional di sini seharusnya diangkat kerana ia boleh menyumbang kepada industri pelancongan di negeri ini.


“Sebagai YDP persatuan, saya akan membawa budaya dari kawasan ini ke peringkat yang lebih tinggi supaya dapat dikenali oleh orang luar,” katanya.

Hamzah Sanudin

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment