Home » Pengkritik perjanjian kerajaan perpaduan ‘munafik politik’, kata Fahmi
Berita Dalam Negara Politik

Pengkritik perjanjian kerajaan perpaduan ‘munafik politik’, kata Fahmi

Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata, mereka yang mengkritik MoU antara kerajaan perpaduan pernah terlibat dalam perjanjian serupa ketika dalam kerajaan terdahulu.

PETALING JAYA: Mereka yang mengkritik perjanjian politik yang menyokong kerajaan perpaduan Anwar Ibrahim boleh dianggap sebagai “munafik politik” kerana pernah menjadi sebahagian yang menandatangani perjanjian serupa ketika kerajaan terdahulu.

Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata, sebahagian pengkritik adalah mereka yang terlibat dalam membuat draf perjanjian antara Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.


“Mereka (pengkiritik) adalah munafik politik kerana sewaktu PH menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan kerajaan Ismail, terma dan klausa hampir sama diguna pakai tetapi mereka langsung tak sebut apa-apa,” katanya.


Beberapa pemimpin pembangkang sebelum ini menuduh MoU yang ditandatangani oleh lima pemimpin parti kerajaan perpaduan pada Jumaat lalu sebagai tidak berperlembagaan.


Fahmi berkata, PH menandatangani perjanjian ketika itu demi kepentingan untuk mengekalkan kestabilan politik.
“Tetapi melalui undian suara di Dewan Rakyat hari ini yang sebulat suara menyokong Anwar sebagai perdana menteri, segala hujah mereka sudah terlerai,” katanya.


Undi percaya kepada Anwar dilakukan secara suara kerana pembangkang tidak meminta undian dilakukan secara belah bahagi.

Reshna Reem Ganesan

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment