Home » Aryan Khan dikecam buka perniagaan menjual arak
Berita Am Berita Luar Negara Hiburan

Aryan Khan dikecam buka perniagaan menjual arak

Aryan Khan

Mumbai: Anak lelaki pelakon terkenal Bollywood Shah Rukh Khan, Aryan Khan, 24, terus menjadi perhatian ramai apabila kali ini dia terbabit dengan perniagaan menjual minuman keras atau arak bersama dua rakannya.

Memetik laporan media tempatan India, Aryan menjelaskan idea untuk dia membuka perniagaan diusahakan bersama rakan, Bunty Singh dan Leti Blagoeva itu tercetus selepas pertemuan di Jerman.

Tidak hanya menjual arak semata-mata, mereka juga menjual produk pakaian dan aksesori premium.

Aryan berkata, dia juga mengambil masa lima tahun untuk membangunkan konsep dan membina jenama dengan produk perniagaan yang bersesuaian.


Bagaimanapun, kritikan dan kecaman diterima Aryan terhadap perniagaannya itu berikutan dikata tidak menghornati bapanya yang beragama Islam dan mempunyai ramai peminat.

Pada Oktober tahun lalu, Aryan mencetus kontroversi yang mencalarkan nama Shah Rukh  apabila ditangkap dan ditahan selama 26 hari kerana didakwa berpesta dadah di sebuah kapal pesiaran.

Agensi dadah persekutuan India Biro Kawalan Narkotik (NCB) menahan Aryan dan tujuh yang lain selepas didakwa menyamar sebagai pelanggan dan menyerbu sebuah parti di atas kapal layar.

Bagaimanapun, Aryan terlepas daripada semua pertuduhan selepas agensi antidadah persekutuan India menggugurkan dakwaan terhadapnya pada hujung Mei lalu.

hmetro

About the author

Wa

Add Comment

Click here to post a comment