Home » Lima setiausaha politik mengangkat sumpah
Berita Tempatan Politik

Lima setiausaha politik mengangkat sumpah

ANGKAT SUMPAH: Hajiji menyaksikan majlis angkat sumpah lima setiausaha politik.

KOTA KINABALU: Lima setiausaha politik mengangkat sumpah di hadapan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu dekat sini hari ini.

Mereka ialah Abd Rahman Yakub, Mohd Suffian @ Eddie Matin, Chan Loong Wei, Lee Mee Peng dan Undi @ Jenddy N.C Sanggau.

Mereka akan ditempatkan di pelbagai kementerian di Jabatan Ketua Menteri, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat dan Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan berkuat kuasa serta merta.

Turut hadir Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Phoong Jin Zhe dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong.

— EDITOR