Home » Sabah mahu agihan peruntukan pembangunan kesihatan lebih besar – Hajiji
Berita Tempatan Politik

Sabah mahu agihan peruntukan pembangunan kesihatan lebih besar – Hajiji

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengadakan perbincangan bersama Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Zaliha Mustafa semasa menerima kunjungan hormatnya di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya Kota Kinabalu, hari ini.

KOTA KINABALU: Kementerian Kesihatan disarankan untuk memberikan keutamaan kepada Sabah dari segi agihan peruntukan pembangunan dan menaik taraf fasiliti kesihatan di Sabah.


Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, Sabah merupakan antara negeri yang mempunyai jumlah hospital dan klinik kesihatan yang terbanyak di negara ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima cenderamata daripada Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Zaliha Mustafa semasa menerima kunjungan hormatnya di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, Kota Kinabalu, hari ini.


“Kebanyakan kemudahan ini sudah dalam keadaan usang dan daif. Justeru, Sabah amat memerlukan agihan peruntukan pembangunan yang saksama dan lebih besar berbanding negeri-negeri lain.


“Ia termasuk untuk pembinaan baharu dan menaik taraf infrastruktur dan fasiliti kesihatan sedia ada di negeri ini,” katanya ketika menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Zaliha Mustafa di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, hari ini.


Dalam kunjungan berkenaan, Hajiji diberi taklimat program dan projek pembangunan kesihatan yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan di Sabah.
 
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr.Norhayati Rusli dan Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr. Rose Nani Mudin. 

— EDITOR

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment