Home » Majlis Iftar Perdana MBR Bersama OKU & Asnaf
Berita Tempatan Politik

Majlis Iftar Perdana MBR Bersama OKU & Asnaf

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan duit raya kepada OKU pada Majlis Iftar Perdana Majlis Bandaraya Kota Kinabalu (MBR) Bersama Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Asnaf di Dewan Hadhari MBR Kota Kinabalu, hari ini.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor merasmikan
Majlis Iftar Perdana Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBR) Bersama Orang Kelainan
Upaya (OKU) dan Asnaf kali ke 7 di Dewan Hadhari MBR dekat sini, hari ini.

Seramai 500 orang OKU dan asnaf diraikan dengan majlis berbuka puasa. Mereka juga menerima duit raya yang disampaikan oleh Hajiji.

Hajiji turut menyaksikan penyerahan sumbangan sebanyak RM60 ribu daripada
Bahagian Zakat dan Fitra Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) kepada Akademi Quranis
MBR.

Turut hadir ialah Timbalan Yang Di-Pertua MUIS, Ustaz Malai Ali Malai Ahmad, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri (JHEAINS), Datuk Ustaz Haji Saifulzaman Sangul, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Datuk Dr.Kasim Md Mansur dan Pengerusi MBR, Datuk Haji Ab Jamal Tun Sakaran.

— EDITOR

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment