Home » Hajiji hadir Majlis Sambutan Hari Raya Perdana 2023 Agensi Islam Sabah
Berita Tempatan Politik

Hajiji hadir Majlis Sambutan Hari Raya Perdana 2023 Agensi Islam Sabah

Hajiji bersalam dengan tetamu yang menghadiri Majlis Sambutan Raya Perdana 2023 Agensi Islam Sabah.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghadiri Majlis Sambutan Raya Perdana 2023 Agensi Islam Sabah di Dewan Sa’adah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)  hari ini.


Selain beramah mesra bersama para pengunjung, Hajiji turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan gerai tercantik sempena sambutan Raya Perdana 2023.

Raya Perdana 2023 Agensi Islam Sabah
Turut hadir ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Mohd. Arifin Mohd. Arif; Peguam Besar Negeri Datuk Nor Asiah Mohd Yusof; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) Sapdin Ibrahim; Mufti Kerajaan Negeri Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Datuk Saifulzaman Sangul; Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sabah Datuk Norjeli Dais; dan Pengerusi Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Sapawi Ahmad.