Home » Cukai petroleum: Warisan hanya ‘kaki claim’
Berita Tempatan Politik Sudut Pandangan

Cukai petroleum: Warisan hanya ‘kaki claim’

Arthur berkata, pembangkang harus sedar bahawa cara Kerajaan GRS-PH Plus menangani harga elektrik yang sesuai dikenakan kepada penguna di Sabah ialah melalui kaedah mengambil alih kuasa kawal selia bekalan elektrik di Sabah seperti tiga RUU yang telah berjaya diluluskan di DUN Sabah kelmarin.
Arthur mendakwa akibat kelemahan pentadbiran Kerajaan Warisan-UPKO-PH pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal, dua tahun (2019 dan 2020) Sabah tidak menerima hasil cukai jualan petroleum seperti Sarawak.

KOTA KINABALU: Sikap pemimpin Warisan yang ‘kaki claim’ atau suka mengambil nama atas usaha orang lain berhubung cukai jualan produk petroleum yang diterima kerajaan negeri didedahkan secara terperinci oleh Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Arthur Sen dalam penulisan di Facebook beliau.

Dalam kronologi yang berlaku sejak 2018 sehinggalah Petronas akur untuk membuat bayaran tersebut, Warisan sebenarnya hanya menangguk di air keruh atau mengambil kesempatan selepas melihat usaha kerajaan Sarawak setahun lebih awal yang mengheret Petronas ke mahkamah mendapat kejayaan.

Berikut adalah penulisan beliau:

Akibat Kelemahan Pentadbiran Kerajaan Warisan-UPKO-PH Pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal (DSSA), 2 Tahun (2019 & 2020) Sabah Tidak Menerima Hasil Cukai Jualan Petroleum seperti Sarawak. Rugi Berbilion-billion Ringgit kita.

Kenyataan akbar oleh ADUN Merotai hanyalah mendedahkan sebahagian epik kisah sebenar kronologi tuntutan cukai jualan hasil petroleum Sabah. Yang benar dan cacat pentabiran mereka disembunyikan.

Sebagai rujukan, prestasi Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) saya jadikan sebagai penanda aras pencapaian ini. Ukuran ini adalah releven kerana banyak persamaan antara kedua negeri ini dalam persekutuan Malaysia dari segi perundangan. Hakim Mahkamah Tingggi di Kuching telah memutuskan bahawa Dewan Undangan Negeri dan Kerajaan Sarawak berhak menggubal Ordinan Cukai Jualan Negeri berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963 dan Inter-Governmental Committee (IGC) Report.

Kajian mengenai Cukai Jualan Petroleum sebenarnya telah dimulakan oleh Kerajaan Sabah (BN) sejak 2014. Ernst & Young telah dilantik sebagai konsultan.

Perintah cukai jualan petroleum ke atas produk-produk petroleum telah diwartakan pada tahun 2018 oleh kerajaan Sabah. Ini baik, namun kenapakah Kerajaan WarisanUPKOPH hanya menguatkuasakan pada 1 April 2020.

Sedangkan kerajaan GPS (Berita Harian 05.11.2020) perkenalkan cukai jualan petroleum sebanyak 5% mula berkuatkuasa pada Januari 2019.

Keenganan Petronas membayar cukai jualan petroleum kepada Sarawak menyebabkan kerajaan Sarawak pimpinan GPS membawa kes ini ke mahkamah. Sementara itu, Kerajaan Warisan-UPKO-PH Sabah pula berdiam diri.

Pada 21 November 2019, Berita Harian (BH) melaporkan Kerajaan Sarawak memfailkan saman terhadap Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) selepas syarikat berkenaan gagal membayar cukai jualan lima peratus terhadap produk petroleum yang dikuatkusakan di negeri ini.

Pada 13 Mac 2020,Portal Berita Sarawak Voice melaporkan Hari bersejarah bagi Kerajaan Sarawak selepas permohonan semakan penghakiman daripada Petronas yang mempersoalkan hak Sarawak mengenakan Cukai Jualan Negeri (SST) sebanyak lima peratus ke atas produk petroleum telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi di Kuching pada Jumaat.

Pada 3 Ogos 2020, Astro Awani melaporkan bahawa Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) hari ini menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching bahawa Sarawak berhak mengutip Cukai Jualan Negeri (SST) bagi produk petroleum.

Pada 8 Ogos 2020 Utusan Borneo melaporkan Petronas dan anak-anak syarikatnya hari ini membayar Cukai Jualan Negeri (SST) bagi produk petroleum RM2,956,671,407.36 kepada Kerajaan Negeri Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang menerima cek tersebut daripada Petronas berkata amaun tersebut merupakan SST untuk 2019.

“SST untuk 2020 akan dibayar apabila penilaian dilakukan berdasarkan jumlah sebenar produk petroleum seperti minyak mentah, urea, kondensat dan petroleum cecair yang dijual dan nilai jualan produk-produk ini,” katanya pada sidang media sempena majlis penyerahan cek di sini.

Setelah kerajaan Warisan-UPKO-PH Sabah nampak keberhasilan tuntutan CJN Sarawak yg dikuatkasakan pada Januari 2019, barulah kerajaan Warisan-UPKO-PH Sabah kelam kabut menguatkuasakan CJN Sabah pada 1 April 2020.

Akibat ketakutan kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir oleh Kerajaan Warisan-UPKO-PH pimpinan DSSA seperti yang didedahkan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak,Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing, Sabah kerugian kutipan cukai jualan petroleum 2 tahun iaitu pada tahun 2019 dan 2020. Ini bernilai berbilion-billion ringgit. Inilah legasi kerajaan Warisan-UPKO-PH yang sebenar.

Mujurlah pada 23 Disember 2020,Ketua Menteri Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merangkap Menteri Kewangan Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor, telah memaklumkan kepada DUN Sabah bahawa Petronas telah mendaftar dan dilesenkan dibawah Cukai Jualan Negeri Sabah, (CJN) hanya pada 15 Disember, 2020.

Ini bermakna mula tahun 2021, Sabah juga akan menerima bayaran Cukai jualan petroleum yg dianggarkan berjumlah RM1.25 Billion.

Syukurlah kita kini dibawah kerajaan GRS berada dilandasan yg betul seperti Sarawak dalam konteks menerima 5% cukai jualan petroleum selain daripada royalty minyak 5%.

*Artikel ini berdasarkan penulisan Arthur Sen. Beliau merupakan Pegawai Khas Ketua Menteri dan Naib Presiden PBS

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment