Home » Hajiji dan delegasi GRS hadir mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan
Berita Tempatan Politik

Hajiji dan delegasi GRS hadir mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan

Sekitar Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan, yang turut dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor mengetuai delegasi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi menghadiri mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan.

Beliau yang juga Pengerusi GRS diiringi oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Timbalan Pengerusi GRS Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan dan Tan Sri Pandikar Amin Mulia bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas)  Datuk Armizan Mohd Ali.


Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini malam tadi.

— TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment