Home » Pemuda Gagasan Rakyat Klias bentuk tujuh biro, bagi memantapkan pergerakan sayap itu
Berita Tempatan Politik

Pemuda Gagasan Rakyat Klias bentuk tujuh biro, bagi memantapkan pergerakan sayap itu

Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian Klias mengadakan mesyuarat pertama yang dipengerusikan oleh Mohd Shahril Osin selaku Ketua Pemuda bahagian.

BEAUFORT: Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Klias telah mengadakan mesyuarat untuk membentuk biro-biro bagi memantapkan lagi gerakan sayap itu selari dengan agenda perjuangan parti.

Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Bahagian Klias, Mohd Shahril Osin berkata, sebanyak tujuh biro telah dibentuk dalam mesyuarat yang diadakan di pejabat Gagasan Rakyat Bahagian Klias, kelmarin.


Terdapat tujuh biro diwujudkan iaitu, Tugas-Tugas Khas; Pendidikan dan Pengajian; Agama dan Kerohanian; Sukan dan Rekreasi; Ekonomi dan Keusahawanan; Kebajikan dan Masyarakat serta Komunikasi dan Media.


Bagi Biro Tugas-Tugas Khas, Mohd Amirul Helmy Beda Rusmin dan Sazieruddin Suhailin diberi amanah untuk biro itu manakala Mohd Hafiz Ayob dan Muhamad Ridhwan Robin dipilih untuk Biro Pendidikan dan Pengajian.


Biro Agama dan Kerohanian pula, Affindy Ullih dan Mohd Faizal Sulaiman dipilih, manakala Biro Sukan dan Rekreasi ialah Irfan Fajri Isnin; Abdul Hanif Zairen Abdul Jamarin dan Aveas Inayat Ali serta Biro Ekonomi dan Keusahawanan ialah Ardi Afizul Jawarin dan Muhamad Noor Shafiq Suhaili.

Untuk Biro Kebajikan dan Masyarakat, Mohd Ruzaini Sanim Sabdin; Mohd Sazlan Samli dan Md Nezwaniswandy Bastin dipilih manakala Biro Komunikasi dan Media pula ialah Mohd Idris Kahar dan Mohd Khairi Abdul Karim.


Ahli-ahli yang dipilih bagi ketujuh-tujuh biro itu diharap dapat mengukuhkan gerak kerja Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat di peringkat akar umbi, sekaligus mampu menarik lebih ramai golongan muda ke parti itu.


Selain fokus terhadap skop biro masing-masing, Shahril turut berharap kesemua yang dilantik turut memberi tumpuan terhadap usaha-usaha bagi menambah keahlian baru demi memastikan suara golongan muda dapat diperjuangkan demi manfaat bersama.


Justeru Shahril mahu ahli jawatankuasa (AJK) yang dilantik dapat merancang program bagi biro masing-masing agar mempunyai satu hala tuju yang jelas supaya pelaksanaannya nanti menepati sasaran serta mencapai objektif.


Beliau juga mahu Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat Bahagian Klias terus bergerak aktif untuk meningkatkan kesedaran kepada anak muda mengenai hak mengundi bagi memastikan mereka menunaikan tanggungjawab mereka apabila tiba masanya nanti.


Selain itu, Shahril turut mengingatkan sayap itu supaya memberikan perhatian terhadap masalah-masalah berbangkit terutama melibatkan anak muda supaya dapat membantu mereka sekaligus menyelesaikannya agar golongan itu terus meyakini kerajaan yang diterajui Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

— Kenneddy Corlleus

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment