Home » Putin dipercayai 77.7 peratus rakyat Rusia – Tinjauan
Berita Am Berita Luar Negara

Putin dipercayai 77.7 peratus rakyat Rusia – Tinjauan

Menurut tinjauan Pusat Penyelidikan Pendapat Awam Rusia pada Jumaat, 77.7 peratus daripada sampel berkata mereka mempercayai Putin (gambar) dan 74 peratus yakin akan prestasi beliau sebagai presiden. – Gambar fail AP

MOSCOW: Lebih 75 peratus rakyat Rusia menyatakan keyakinan mereka terhadap Presiden Vladimir Putin dan lebih 70 peratus juga yakin akan prestasinya, menurut tinjauan baharu yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Pendapat Awam Rusia pada Jumaat, lapor Sputnik.

Hanya 15.7 peratus responden tidak setuju dengan prestasi Putin sebagai presiden, manakala 77.7 peratus daripada sampel berkata mereka mempercayai pemimpin Rusia itu dan 74 peratus yakin akan prestasi beliau.

Selain itu 18.3 peratus responden menyatakan tidak percaya terhadap Putin.

Tinjauan itu dijalankan dari 4 hingga 10 Sept dalam kalangan 1,600 warga Rusia. Margin ralat tidak melebihi satu peratus. — BERNAMA

AWANI