Home » Jelajah Santai Pemuda Gagasan Rakyat, terangkan dasar dan prestasi parti
Berita Tempatan Politik

Jelajah Santai Pemuda Gagasan Rakyat, terangkan dasar dan prestasi parti

Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Fairuz Renddan berkata jelajah ini diadakan untuk menerangkan b dasar dan prestasi parti serta perancangan dan matlamat pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah.

KOTA KINABALU: Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) telah mengadakan Majlis Jelajah Santai Pemuda Gagasan Rakyat kali ke-39 bertempat di Elusion Cafe, Courtyard Hotel, 1 Borneo, di sini baru-baru ini.

Jelajah ini merangkumi zon Sepanggar dan zon Kota Kinabalu yang Mempunyai enam bahagian iaitu Darau, Karambunai, Inanam, Likas, Api – Api Dan Luyang.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Fairuz Renddan.

Fairuz berkata, program jelajah ini diadakan untuk menerangkan dasar dan prestasi parti serta perancangan dan matlamat pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah.

Pada majlis itu juga turut dilancarkan pelancaran baju Pemuda Gagasan Rakyat.

Turut hadir Ketua bahagian Inanam, Datuk Roland Chia, Ketua bahagian Karambunai, Datuk Arshad Idris, Ketua Bahagian Likas Dato Baharin Abd Karim, Naib Ketua Bahagian Luyang, Tuan Sairin Saidin, Tuan Husin Syukur mewakili Ketua Bahagian Api-api, dan exco Pemuda Parti Gagasan Rakyat.

TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment