Home » Gabungan Warisan-PKDM-BN, gabungan porak peranda
Politik Sudut Pandangan

Gabungan Warisan-PKDM-BN, gabungan porak peranda

Percubaan BN Sabah, yang dipimpin oleh mantan Timbalan Ketua Menteri Bung Moktar Radin (kanan) bersama Warisan pimpinan Shafie Apdal (tengah) yang dikenali sebagai "langkah Kinabalu" untuk menjatuhkan pentadbiran Hajiji (kiri) gagal mendapat sokongan majoriti ADUN Sabah.

Banyak penyokong UMNO-Barisan Nasional (BN) kurang senang dengan gabungan Warisan/PKDM/ BN.

Warisan hanya menumpang kekuatan BN disebabkan lumpuhnya akar umbi dan wakil rakyat warisan yang sudah beralih sokongan..

Ditambah lagi denga keluarnya ketua Wira Warisan dan hampir 80 peratus lumpuh Wira Warisan dikesemua bahagian yakni ahli majlis tertinggi.

Gabungan ini bukan semata-mata untuk rakyat tapi hanya mahukan menjadi kerajaan yang sudah sedia kukuh sokongan majoriti kepada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Andai kata gabungan ketiga parti ini mengatakan untuk rakyat, itu semua bohong.

Saya yakin dan percaya perebutan kuasa dan kerusi akan berlaku.

Persoalannya siapa pula dengan yang akan menjadi ketua menteri.

Warisan tidak akan berikan jawatan ketua menteri kepada Bung (Umno-BN) sebab Bung pemimpin yang kuat berjudi dan mempunyai kes rasuah sebelum ini.

Tetapi kita yakin juga penyokong BN juga 100 peratus tidak akan mahu Warisan menjadi ketua menteri disebabkan bimbang akan di monopoli oleh kerabat Semporna untuk ketua-ketua jabatan dan jawatan penting organisasi dalam kerajaan.

Rakyat akan jadi bingung takkan mahu jadikan Bung ketua menteri yang hanya tahu berjudi di kasino.

Meletakan Shafie Apdal (Warisan) hanya lebih mementingkan kesempornaan dan kroni keluarga.

‘Meletakan Peter (PKDM) mempunyai kes di mahkamah.

Naib Presiden Warisan pastinya juga mahu merebut jawatan timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Jaujan dan juga Datuk Junz Wong juga tidak akan mahu berdiam untuk meminta jawatan timbalan ketua menteri.

Gabungan ini akan menjadi porak peranda disebabkan perebutan jawatan dan kerusi dan lebih hanya kepada mahu menjadi kerajaan.

Ketua Penerangan Warisan sendiri pernah menyatakan Umno/BN yang memiskin negeri sabah selama ini.

Tunggu dan lihat Sahaja…

Gabungan Parti rebutkuasa sabah
( PRKS)😄😂

*PRKS ialah anak watan Sabah yang sentiasa mengikuti perkembangan politik tempatan. Tulisan ini merupakan pandangan peribadi beliau dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Sabah Baru News