Home » Promosi parti yang memerintah tidak menggunakan dana kerajaan
Politik Sudut Pandangan

Promosi parti yang memerintah tidak menggunakan dana kerajaan

Blogger dkmsabah.com cuba mengelirukan rakyat, dengan mendakwa, apabila Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor sebagai Presiden parti mengumumkan peruntukan untuk parti, maka dikatakan, peruntukan itu daripada kerajaan. Tahukah blogger itu, semasa pilihan raya, pemimpin kerajaan yang menyokong calon-calon kerajaan dilarang menggunakan jentera kerajaan. Jentera pun dilarang apatah lagi wang kerajaan - Penulis. (Foto: FB Ketua Menteri)

JIKA parti yang memerintah menjalankan aktviti parti, ianya tidak menggunakan dana kerajaan. Adalah salah menggunakan dana kerajaan bagi mempromosi parti politik, walaupun parti itu menerajui kerajaan. Sebagai contoh, Jabatan Cetak Kerajaan, tidak akan mencetak risalah-risalah berkaitan parti politik, walaupun parti itu peneraju kerajaan dan parti berkenaan menanggung kos mencetak.

Apabila pemimpin kerajaan termasuk Ketua Menteri menjalankan tugasan parti, mereka tidak menggunakan kenderaan kerajaan, sebaliknya kenderaan persendirian.

Demikian juga, jika parti melaksanakan promosi, termasuk jelajah, tidak menggunakan jentera kerajaan, sebaliknya jentera parti.

Jika Presiden parti mengumumkan akan memberi peruntukkan untuk biro-biro parti, maksudnya peruntukkan itu adalah peruntukan daripada parti, bukannya daripada kerajaan.

Blogger dkmsabah.com cuba mengelirukan rakyat, dengan mendakwa, apabila Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor sebagai Presiden parti mengumumkan peruntukan untuk parti, maka dikatakan, peruntukan itu daripada kerajaan. Tahukah blogger itu, semasa pilihan raya, pemimpin kerajaan yang menyokong calon-calon kerajaan dilarang menggunakan jentera kerajaan. Jentera pun dilarang apatah lagi wang kerajaan.

Penjelasan seperti ini diperlukan, kerana mereka yang membaca sepintas lalu, tidak mencerna dengan betul dakwaan bahawa parti kerajaan boleh menggunakan dana kerajaan, sedangkan sebaliknya, iaitu dilarang/tidak diperbolehkan.

Jika kerajaan mempromosikan polisi atau misi kerajaan atau hala tuju kerajaan, maka ianya sebahagian kos yang ditanggung kerajaan, tiada hubungkait dengan kepentingan peribadi atau parti. Sebagai misalan, jika disediakan banting berkaitan dengan aktiviti kerajaan, maka ianya sebahagian daripada pengurusan kerajaan.

Kerajaan mengurus negeri mengunapakai kaedah inklusif, menyeluruh. Misalnya jika menggunakan papan tanda, ianya untuk menyokong industri pengiklanan, menyokong industri infografik dan kreatif. Industri sedemikian sebahagian daripada pembelaan pada rakyat yang mencebur diri dalam industri pengiklanan.

Membela rakyat bukan hanya menyelesaikan bekalan air, menyelenggara jalan-jalan, memasang lampu-lampu jalan, akan tetapi meliputi semua aktiviti yang melibatkan rakyat mencari rezeki.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment