Home » Peguam bidas kenyataan Shafie berkenaan Artikel 6(3) dan Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri Sabah
Berita Tempatan Politik

Peguam bidas kenyataan Shafie berkenaan Artikel 6(3) dan Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri Sabah

Fuad berkata Perkara 6(3) Perlembagaan Sabah tidak pernah dimansuhkan oleh mana-mana pihak baik kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mahupun mahupun pentadbiran lama. (Gambar-Fail)

KOTA KINABALU: Peguam Kerajaan Negeri Sabah Datuk Tengku Fuad Tengku Ahmad bidas kenyataan  Presiden Parti Warisan Malaysia (Warisan) Datuk Seri Panglima Shafie Apdal untuk ‘’mengembalikan semula  klausa asal Perkara 6(3) dan 6(7) Perlembagaan Sabah.

Fuad berkata Perkara 6(3) Perlembagaan Sabah tidak pernah dimansuhkan oleh mana-mana pihak baik kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mahupun mahupun pentadbiran lama.

”Kepada pihak yang mengeluarkan kenyataan bagi pihak Shafie, sila perbetulkan fakta anda berkenaan perkara 6 (3),” ujarnya.

”Tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri GRS bagi memansuhkan Perkara 6(7) pada 25 Mei 2023  adalah mengikut prosedur yang sah tanpa melanggar sebarang Undang-Undang.”


Menurut Fuad, Perkara 6 (7) wajar dimasnsuhkan kerana klausa yang digubal pada 1990-an di bawah Kerajaan Parti Bersatu Sabah adalah kurang jelas dan mengelirukan.

”Contohnya dalam isu pelantikan Ketua Menteri. Kekeliruan yang timbul boleh digunakan sebagai asas untuk menghalalkan perbuatan sumbang seperti percubaan merampas kuasa yang dikenali sebagai Langkah Kinabalu.

Beliau turut menjelaskan Perkara 6(7) tidak konsisten dan bercanggah dengan konsep demokrasi berparlimen.

”Perkara 6(7) mengandaikan bahawa  Ahli Undangan Negeri (Adun) tersebut hanya akan menyokong ketua parti mereka sebagai Ketua Menteri.

”Tetapi bagaimana jika Adun memutuskan bahawa mereka tidak mahu menyokong ketua parti mereka untuk jawatan Ketua Menteri selepas pilihan raya?

Fuad mengambil contoh beberapa Ahli Parlimen Bersatu yang telah berikrar menyokong kempimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa meninggalkan parti mereka.

”Perkara 6(7) tidak mengiktiraf atau membenarkan ADUN menyokong calon Ketua Menteri selain daripada Ketua Parti mereka”.

”Demi mengekalkan kestabilan politik di Sabah, tindakan yang diambil untuk memansuhkan Perkara 6(7) pada 25 Mei 2023 adalah wajar dan tepat “katanya.

— TAMAT