Home » KKDW tidak wajar jadi agen perpecahan
Berita Tempatan Politik

KKDW tidak wajar jadi agen perpecahan

KKDW adalah kementerian Persekutuan yang sepatutnya untuk semua parti yang menyokong kerajaan Persekutuan.

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) tidak wajar menjadi agen pada perpecahan rakyat Sabah melalui pendekatan “cash is king”.

Sepatutnya peruntukan Persekutuan disalurkan menerusi Kerajaan Negeri, memandangkan Kerajaan Negeri juga sebahagian Kerajaan Persekutuan.

Tidak wajar peruntukan Persekutuan digunakan untuk kepentingan politik apatah lagi bertujuan memecah belahkan rakyat menerusi pecah dan perintah.

KKDW mengwujudkan Jawatankuasa Kemajuan Desa Madani (JKDM) di 73 DUN Sabah yang mana majoriti jawatankuasa itu daripada parti Umno dan parti Warisan.

KKDW adalah kementerian Persekutuan yang sepatutnya untuk semua parti yang menyokong kerajaan Persekutuan.

Membangunkan dan memajukan negeri selain tanggungjawab negeri juga persekutuan sesuai dengan fungsi masing-masing.

Dalam urusan kemajuan dan keselamatan kampung di Sabah terletak ditangan Kerajaan Negeri, dan jika kerajaan Persekutuan ingin membantu menerusi peruntukan, maka peruntukan itu sewajarnya disalurkan pada kerajaan negeri.

Jika Kerajaan Persekutuan mengwujudkan jawatankuasa serupa maka berlaku lah pertindihan peranan dan juga cerminan tidak menghormati kuasa kerajaan negeri.

Bukan tanggungjawab Persekutuan untuk menjaga kemajuan dan keselamatan kampung, sebaliknya tanggungjawab kerajaan negeri, lagi pun di Sabah ada ordinan yang mengawalnya.

Kuasa Persekutuan, Negeri dan Kerajaan tempatan ada peranan atau kuasa masing-masing, ertinya perlu saling menghormati, tidak saling bertindih untuk pengwujudan pentadbiraan yang cermat dan berkesan.

Apabila kerajaan Persekutuan mencampuri bidang kuasa negeri, maka membawa makna, kerajaan Persekutuan tidak menghormati bidang kuasa negeri, apatah lagi campur tangan yang mengwujudkan perpecahan rakyat.

Kerajaan Negeri mengalu-alukan sebarang peruntukan untuk kepentingan rakyat, akan tetapi ianya perlu menyeluruh bukannya bersegmentasi sepertimana dlakukan KKDW.

Rakyat Sabah perlu waspada niat sebenar JKDM, ianya satu bentuk talian hayat pada parti Umno khususnya para pemimpin parti itu untuk mendapat kedudukan dengan menunggangi rakyat sepertimana lalu-lalu, yang mana para pemimpin parti berubah status sebagai mereka yang berkasta dan kumpulan kayangan.

Rakyat Sabah perlu mengambil iktibar yang telah berlaku berdekad, sementara negeri jiran semakin maju, membangun dengan kutipan hasil melepasi RM10 bilion, sedangkan sama-sama membentuk Persekutuan pada tahun 1963, sementara Sabah diwarisi dengan kemunduran.

Rakyat Sabah perlu mencontohi Sarawak tidak sanggup dipengaruhi pemimpin luar, melainkan dipimpin oleh rakyat sendiri.

Kini, rakyat Sabah mempunyai peluang yang terpampang apabila ada parti yang dipimpin rakyat tempatan/lokal yang memahami aspirasi dan harapan rakyat, iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor.

Kerana peluang yang ada, apapun kaedah yang digunakan oleh parti-parti lain yang phobia agar rakyat bersatu padu, termasuk cara pecah dan perintah perlu ditolak jauh-jauh.

Tiada cara atau kaedah lain agar rakyat dan negeri maju dan membangun, rakyat perlu bersatu hati menentukan halatuju sendiri tanpa dipengaruhi atau bergantung harap dengan pemimpin import serta pemimpin proksi mereka.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment