Home » Menyamakan operasi SIP dan SMJE dengan skandal 1MDB, Shafie kurang pengetahuan
Politik Sudut Pandangan

Menyamakan operasi SIP dan SMJE dengan skandal 1MDB, Shafie kurang pengetahuan

Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal.

OPERASI SIP DAN SMJ dan 1MDB serupa kerana melibatkan pembiayaan menerusi hutang, tetapi tidak sama daripada pelaksanaannya.

Operasi SIP (Sabah Petrolieum Sdn Bhd) dan SMJ (SMJ Energy Sdn Bhd) tidak melibatkan sebarang kehilangan wang, melainkan melibatkan pembiayaan semula.

Dakwaan Shafie kerana operasi syarikat dikendalikan sepenuhnya oleh pengurusan syarikat, maka tidak memerlukan kelulusan daripada kerajaan negeri bagaimana dana milik syarikat dibelanjakan. Kerana berkeadaan demikian, maka operasi syarikat-syarikat itu sama dengan 1MDB.

Shafie mempersoalkan mengapa pembiayaan semula menerusi SUKUK yang diterbitkan SMJE berjumlah RM900 juta digunakan membayar hutang SIP pada Sabah Development Bank (SDB), sedangkan SIP mampu membayar pinjaman. Menurut Presiden Warisan itu sepatutnya SUKUK itu digunakan membantu rakyat khususnya untuk pembaikpulihan kemudahan asas.

Kekurang pengetahuan Shafie mengenai sesuatu terbitan kewangan (Bond atau SUKUK) terdedah, kerana setiap terbitan bond/sukuk mempunyai tujuan tersendiri, ianya tidak boleh ditukar ganti.

SUKUK terbitan SMJE dengan jelas untuk mengambilalih SIP, menerusi pengambilalihan itu, SMJE memastikan syarikat itu rendah lialibiti.

Oleh kerana kedudukan syarikat-syarikat yang terlibat semuanya milik kerajaan negeri, maka pertimbangan adalah daripada segi keuntungan atau faedah.

Kerana SMJE mengambilalih SIP, lalu membayar hutang pada SDB, maka faedah pada ketiga-tiga syarikat itu adalah SIP menjimat RM60juta daripada segi faedah, Bond SDB pula berkurang sebesar RM700 juta pada masa yang sama SMJE mendapat pulangan RM397 juta menerusi penstrukturan (SMJE mengambilalih SIP) dan RM150 juta untuk 13 tahun ( RM1.950 bilion lebih 2 kali ganda nilai sukuk RM900juta) selain itu operasi SIP telah menyumbang RM271 juta kepada SMJE setakat ini.

Apa yang tidak mampu dilihat oleh Shafie berkaitan keuntungan pada negeri Sabah menerusi penstrukturan melibatkan tiga syarikat milik kerajaan negeri itu. Tindakan SMJE melibatkan diri dalam penstrukturan itu telah membantu SIP RM60juta daripada segi bayaran faedah pada SDB, maka SDB pula terselamat dariada segi bayaran kupon untuk bond sebesar RM700juta. Kesimpulannya faedah yang diperoleh SIP dan SDB adalah faedah untuk Kerajaan Negeri, pada masa sama SMJE memberi pulangan kewangan kepada kerajaan negeri.

Sebagai bukti pencapaian penstrukturan tiga syarikat milik kerajaan negeri tersebut, SMJE membayar RM50juta dividen pada Kerajaan Negeri pada tahun 2023. Jumlah divdien tersebut merupakan jumlah terbesar daripada RM138.7 juta yang dibayar syarikat-syarikat milik kerajaan negeri pada tahun lalu.

Tidak masuk akal bagi Shafie mendakwa bahawa penstrukturan tiga syarikat tersebut menyerupai 1MDB, sedangkan secara fakta tidak terdapat sebarang penyelewengan atau salah arah melainkan secara keseluruhan urusan/transaksi telus dan betul.

Jika Presiden Warisan itu merujuk berkaitan peruntukan untuk pembaikpulihan kemudahan asas atau prasarana kepentingan rakyat, peruntukan itu datangnya daripada dividen yang dimasukkan dalam akaun disatukan, dan diagihkan menerusi kementerian/jabatan kerajaan.

Jika SUKUK atau BOND digunakan secara langsung, bermakna sama dengan membunuh angksa bertelur emas. Sepatutnya sebagai bekas Ketua Menteri dan Menteri Kewangan selain jawatan-jawatan lain, Shafie tidak wajar membuat dakwaan tidak masuk akal seolah-olah tiada pengetahuan langsung.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .