Home » Flovia sokong Pengerusi IDS, tuntut lebih ramai wanita pegang jawatan tinggi
Berita Tempatan Politik

Flovia sokong Pengerusi IDS, tuntut lebih ramai wanita pegang jawatan tinggi

Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Flovia Ng berkata demikian Ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah, Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun yang disiarkan oleh Daily Express baru-baru ini, menuntut lebih ramai wanita diberi jawatan tertinggi dalam semua sektor.

KOTA KINABALU :Pemerkasaan wanita sudah lama diperjuangkan namun memperkasa wanita perlu diperkemaskan kerana mereka masih terbelenggu dengan pelbagai isu termasuk stigma dan stereotaip yang menghadkan peranan mereka dalam bidang-bidang tertentu kerana sering dikaitkan dengan peranan tradisi khususnya dalam penjagaan dan pengasuhan.

Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Flovia Ng berkata demikian Ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah, Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun yang disiarkan oleh Daily Express baru-baru ini, menuntut lebih ramai wanita diberi jawatan tertinggi dalam semua sektor.

Azizah yang juga merupakan Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata wanita merupakan salah satu tonggak pembangunan negara yang paling penting bukan sahaja bagi aspek sosial, politik dan ekonomi, malah merangkumi segala aspek pembangunan negara.

Pengerusi IDS Datuk Seri Panglima Hajah Azizah DSP Mohd Dun bersama Ahli Jawatankusa Women Initiative Leadership Committee (WILC) yang dipengerusikan oleh beliau.



Flovia yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Wanita GRS turut berkongsi pendirian yang serupa dengan Azizah.

“Kedudukan wanita dalam semua bidang masih berada di takuk yang lama, di mana mereka hanya dilihat layak menduduki kerusi sebagai pengikut atau penyokong, paling tinggi sebagai pemimpin nombor 2 dalam sesebuah orangisasi. 

“Berdiri sama tinggi dan duduk pun sama rendah” itu belum kelihatan, demikian juga 30% peranan tinggi untuk wanita itu belum tercapai,” ujarnya.

Flovia menegaskan bahawa sudah tiba masanya “memecahkan siling kaca” untuk wanita-wanita memainkan peranan yang lebih penting dalam pembangunan Negeri Sabah.

“Dalam masa yang sama, wujud keperluan untuk menangani isu ketaksaksamaan gender yang mungkin boleh merencatkan usaha pembangunan negara yang adil dan saksama dalam jangka masa panjang.

“Justeru, semua pihak perlu mendukung usaha bagi mencapai kesaksamaan gender yang mana wanita tidak didiskriminasi dalam masyarakat dan di tempat kerja.”

“Berikan peluang kepada wanita untuk merealisasikan apa saja impian mereka dan membuktikan keupayaan untuk berjaya dalam dunia yang serba mencabar dan amat kompetitif.”

“Saya percaya wanita yang berjaya akan memberi sumbangan besar kepada kemajuan negara, komuniti dan keluarga,” katanya.

TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment