Home » Mantan SUT Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah sertai Gagasan Rakyat
Berita Tempatan Politik

Mantan SUT Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah sertai Gagasan Rakyat

Datuk Michael Emban , mantan SUT Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah bersama tujuh warga Kampung Nambayan mengisytiharkan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pucuk pimpinan negeri dan bahagian di sini pada Khamis.

TAMBUNAN: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) adalah sebuah parti tempatan Sabah bukan saja didominasi oleh pemimpin tempatan tetapi juga dipimpin oleh pejuang-pejuang politik tempatan yang berwibawa wajar disokong oleh rakyat Sabah.

Datuk Michael Emban , mantan Setiausaha Tetap (SUT) Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah berkata demikian Ketika diminta mengulas penyertaan beliau ke Gagasan Rakyat bahagian Tambunan.

“Pertama sekali kami ingin menyatakan sokongan kepada Gagasan Rakyat.”

“Saya menyertai parti ini kerana ia merupakan sebuah parti tempatan Sabah.”

Mantan SUT Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Michael Emban bersama tujuh warga Kampung Nambayan menyertai Gagasan Rakyat bahagian Tambunan pada Khamis.



Beliau menyifatkan Gagasan Rakyat sebagai sebuah parti mesra rakyat berbanding dengan lain-lain parti yang hanya muncul jika terdapat keperluan.

“ Berbanding dengan parti-parti lain ,mereka (Gagasan Rakyat) sendiri menghubungi dan mendekati saya,” ujarnya.

Micheal menyeru kepada semua rakyat Sabah agar terus memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pucuk pimpinan parti.

“Kita harus menyokong Gagasan Rakyat agar terus menjadi parti yang disegani bukan saja di Sabah tetapi di seluruh Malaysia.”

Terdahulu, Michael telah menyerahkan sendiri borang keahliannya kepada Setiausaha Pejabat Gagasan Rakyat Tambunan Puan Margareta Sibi, selaku wakil Ketua Bahagian Dato Victor Paut di sini pada Khamis.

Dalam pada itu,Michael turut membawa tujuh ahli baru dari Kampung Nambayan Tambunan bersamanya ke pejabat bahagian.

Hadir menyaksikan penyerahan borang beramai-ramai,Naib Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tambunan Tuan Hussein Hassan dan AJK Bahagian Tuan Sylvester Yapas yang juga merupakan Ketua Biro Undang-Undang dan Aduan Awam Gagasan Rakyat Tambunan.

TAMAT