Home » Sedia ‘Pelan B’ jika tuntutan kerusi Dewan tak dipenuhi, gesa pemimpin Sabah
Berita Tempatan Politik

Sedia ‘Pelan B’ jika tuntutan kerusi Dewan tak dipenuhi, gesa pemimpin Sabah

Pemimpin politik di Sabah dan Sarawak menggesa satu pertiga kerusi Dewan Rakyat diperuntukkan kepada Malaysia Timur.

PETALING JAYA: Pemimpin politik di Sabah dan Sarawak digesa membuat pelan alternatif sekiranya Putrajaya menolak permintaan satu pertiga kerusi Parlimen diperuntukkan kepada Malaysia Timur.

Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanahairku (STAR) Kenny Chua berkata, pemimpin Sabah dan Sarawak tidak boleh menganggap kerajaan persekutuan akan menyerahkan satu pertiga kuasa membuat keputusan di Dewan Rakyat pada masa akan datang.

“Saya rasa Sabah dan Sarawak perlu aktif bincang Pelan B. Jika permintaan kita tidak dipenuhi, kita mesti sudah tahu apa langkah seterusnya.

“Langkah seterusnya’ itu mesti sejajar dengan aspirasi rakyat Malaysia Timur, katanya, lapor Free Malaysia Today.

Beliau bersetuju dengan pandangan Premier Sarawak Abang Johari Openg bahawa Malaysia Timur mesti memegang 35% kerusi bagi menghalang percubaan meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membatalkan peruntukan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Chua berkata, rakyat Malaysia Timur, sebagai minoriti di Parlimen, mesti berjaga-jaga dengan kemungkinan MA63 dibatalkan.

Kita boleh tunggu – entah sampai bila – sehingga tuntutan kita dipenuhi atau kita boleh mula teroka cara agar kita berada beberapa langkah di depan, kata.

Apabila Malaysia ditubuhkan pada 1963, Sabah, Sarawak dan Singapura diperuntukkan sejumlah 55 kerusi (atau 34.5%) Dewan Rakyat yang mempunyai 159 kerusi.

Peruntukan 15 kerusi untuk Singapura dimansuhkan pada 1965 apabila republik itu keluar daripada Malaysia, meninggalkan negeri-negeri Borneo dengan 27% daripada 144 kerusi Dewan.

Pada 1973, apabila Dewan Rakyat dikembangkan kepada 154 ahli, kerusi tambahan diperuntukkan kepada negeri-negeri Malaysia Barat dan wilayah persekutuan, manakala Sabah dan Sarawak mengekalkan 16 dan 24 kerusi masing-masing (atau 25.9%).

Dewan Rakyat kini dianggotai oleh 222 ahli, dengan Sabah diperuntukkan 25 kerusi dan Sarawak 31, iaitu 25.2% bahagian digabungkan.

Selain gesaan Abang Johari dan pemimpin politik lain untuk penguasaan satu pertiga kerusi Dewan Rakyat, kumpulan aktivis menyokong tuntutan Malaysia Timur menguasai lebih satu pertiga kerusi Dewan Negara.

Aktivis berkata, kedua-dua negeri itu seterusnya akan mempunyai kuasa veto untuk menyekat sebarang pindaan Perlembagaan secara sepihak oleh pemimpin Semenanjung.

Bagaimanapun, cadangan itu ditolak 11 organisasi awal hari ini, yang menyifatkannya sebagai ‘tidak jujur’ dan suatu ‘penghinaan terhadap rakyat Malaysia Timur’.

— TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment