Sabah makmal politik? Nampaknya pemimpin Umno tidak dapat membuang mentaliti menjadikan rakyat Sabah sebagai makmal politik, bermula dengan penubuhan Parti Berjaya, kemasukan Umno ke Sabah, dan kini walaupun hilang kuasa pada PRU-14, mempengaruhi Pakatan Harapan (PH) untuk sekali lagi menjadikan rakyat Sabah sebagai makmal politik, atas jenama BN-PH.
Rakyat Sabah tidak seharusnya dijadikan makmal politik, kerana jelas sejak 26 September 2020, sudah memutuskan GRS adalah pilihan rakyat untuk memerintah negeri.
Keputusan wakil rakyat PH pada 6 Januari 2023 walaupun sebagai pembangkang mempertahankan kerajaan GRS, adalah cerminan mandat rakyat pada kerajaan yang dipilih pada PRN-16 Sabah.
Tidak timbul bahawa rakyat Sabah sekali lagi dijadikan uji cuba atau makmal politik, kerana secara politik, rakyat Sabah sudah memilih GRS yang dikenali kerajaan GRS-PH Plus.
Memandang pemimpin Umno tidak dapat menghilangkan mentaliti menjadikan Sabah makmal politik, dan tentunya asas kepada pecah dan perintah yang sinonim dengan parti itu, rakyat Sabah perlu menoktahkan kehadiran parti itu di bumi Sabah.
Umno adalah agen pemecah belah, melemahkan ikatan antara rakyat Sabah yang berbilang kaum dan agama, dan ditolak pada PRN-17 secara tuntas.
Menjadikan Sabah sebagai makmal politik adalah perbuatan memperlekehkan rakyat Sabah sekali gus menggambarkan bahawa rakyat Sabah tiada kemampuan menentukan hala tuju sendiri.
*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .
*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .
Add Comment