UCAPAN Datuk Bung Moktar Radin baru-baru ini konononya cubaan rampasan kuasa iaitu langkah Kinabalu yang beliau gerakkan dengan Datuk Seri Shafie Apdal dengan memberi alasan bahawa kerajaan GRS-BN yang beliau ikut sokong adalah kerajaan gagal adalah satu pembohongan abad ini kerana puncanya bukan sepertimana yang diperkatakan, akan tetapi keinginan menjadi Ketua Menteri.
Apabila langkah Kinabalu gagal dilaksanakan, Bung menerusi presiden Umno,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi cuba memujuk Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor supaya memaafkan tindakan itu, dan kekal dengan kerajaan GRS-BN dan seterusnya membentuk kerajaan Perpaduan GRS-BN-PH, akan tetapi, “pujukkan” itu ditolak kepimpinan GRS-PH Sabah, dan keputusan itu dimaklumkan kepada Perdana Menteri pada malam 9 Januari 2023 di Kediaman Rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, Kota Kinabalu.
Apa yang dipersetujui adalah untuk membentuk kerajaan GRS-PH Plus, yang mana plus tersebut adalah terdiri daripada Adun-Adun Umno yang menolak rampasan kuasa. Pun demikian, ternyata “pujukan” Zahid ternyata hanya sandiwara, apabila mereka yang memertahankan kerajaan yang diberi mandat pada PRN-16 dipecat dan digantung daripada Umno.
Apabila kerajaan negeri merombak kabinet dan memecat kumpulan Bung, lain pula dijaja dan diberi tahu pada rakyat dengan mendakwa tindakan mereka kerana memberi alasan kerajaan GRS-BN gagal, sedangkan kerajaan GRS-BN daripada 5 kerajaan lalu, adalah kerajaan yang terbaik yang pernah wujud di Sabah.
Fakta bahawa kerajaan Sabah hari ini adalah kerajaan terbaik dapat dibuktikan menerusi kutipan hasil negeri yang melepasi angka RM 5 bilion tiga tahun berturut-turut, iaitu RM5.449 bilion (2021), RM6.69 bilion (2022) dan RM6.973 bilion (2023), rekod yang tidak pernah dicapai sebelum ini.
Selain itu nilai perdagangan Sabah sebesar RM118.1 bilion era kerajaan yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor merupakan satu rekod yang tidak pernah dicapai sebelum ini.
Jika betul kerajaan yang diterajui GRS gagal, tidak akan dapat meningkatkan peruntukan untuk tujuaan pendidikan daripada RM55juta kepada RM101juta, tidak akan dapat memberi bantuan tikit kapal terbang pada pelajar Sabah yang belajar di Semenanjung, Sarawak dan tambang pengakutan darat dalam negeri secara one-off, tidak akan dapat membina rumah SMJ, yang berjumlah 1,500 tahun 2024, 3,000 unit tahun 2025 dengan sasaran 4,500 unit setahun pada tahun-tahun akan datang.
Jika GRS adalah kerajaan gagal, tidak akan dapat membentang bajet tahunan yang cukup besar, tidak akan dapat menarik pelabur melabur ke Sabah yang berjumlah RM33 bilion dalam tempoh 4 tahun.
Kerajaan Sabah hari ini, adalah kerajaan yang terbanyak merealisasikan hak-hak Sabah dalam MA63, apabila 11 hak-hak itu telah diserahkan kepada Sabah, yang tidak pernah berlaku era Umno/BN.
Bung cuba memperdakyah rakyat Sabah sekali lagi untuk menyokong Umno/Bn, sedangkan rakyat Sabah dan negara ini secara umum telah menolak parti itu pada PRU-14, dan puncaknya pada PRU-15.
Kehadiran parti itu dalam kerajaan atas sebab keadaan politik semasa, hasil keputusan PRU-15 yang menyebabkan parlimen tergantung, bukan kerana kehendak rakyat.
Bagi rakyat Sabah, era Umno/Bn sudah berlalu, era sekarang dan masa depan, adalah era parti tempatan/lokal dalam konteks nasional.
*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .
Add Comment