UMNO memusuhi perpaduan rakyat Sabah, apabila membantu menubuhkan Parti Berjaya untuk menumbangkan Tun Mustapha Datu Harun, kemudian bersetuju masuk ke Sabah atas alasan “permintaan” untuk menumbangkan Kerajaan Sabah yang diterajui oleh PBS ketika itu.
Betul antara 1994-2018, Umno dapat menyatupadukan rakyat terutama sekali bumiputra Islam apabila Umno menjadi tulang belakang kerajaan. Kesan kesepaduan rakyat, sehinggakan Sabah diberi gelaran “Fixed Deposit” politik kepada Umno-Bn.
Atas sebab kesepaduan rakyat Sabah begitu kukuh, maka lantikan pemimpin Sabah samada dalam jemaah menteri, jawatan-jawatan politik cukup ramai termasuk menteri kanan, malah speaker Dewan Rakyat.
Pada masa yang sama juga pemimpin Sabah merasa hebat, sehinggakan ada pemimpin negeri menolak lantikan sebagai anggota kabinet Persekutuan, atas sebab tidak bertuju dengan jawatan yang diberikan (dengan alasan tidak sepadan dengan kedudukan dalam politik).
Kerana kesepaduan maka membuka peluang pemimpin Sabah menduduki TOP3 kepimpinan parti, era itu sama dengan TOP3 kepimpinan negara.
Jika tidak dibendung, maka boleh menjadi TOP2.
Gerakan perlu dibuat agar rakyat Sabah berpecah, menerusi perpecahan, maka titian pemimpin Sabah menjadi pemimpin utama dapat dihentikan. Selain itu, menerusi perpecahan status abang besar atau ketuanan dapat dikekalkan.
Desakan autonomi untuk Umno Sabah hanya manis dimulut, sedangkan ianya bagaikan racun di kalangan pemimpin Umno di Semenanjung.
Agar kedudukan abang besar kekal, maka Umno Sabah perlu dilemahkan menerusi perpecahan.
Benar juga selepas pemimpin Umno Sabah berpecah, maka menjadi lemah, dan kehilangan kuasa pada PRU-14.
Untuk memastikan Umno Sabah bertambah lemah, maka Tan Sri Musa Aman disingkirkan daripada Ketua Umno Sabah, dan melantik Datuk Bung Moktar Radin, selepas dua pemimpin Umno negeri menolak perlantikan atas pertimbangan tiada sebab pergantian kepimpinan Umno negeri.
Selepas PRN-16 Sabah, kesepaduan rakyat Sabah digerakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dengan tag “ Untuk apa gaduh-gaduh, sedangkan kita boleh bersepakat untuk memajukan dan membangun negeri”.
Tag Ketua Menteri tersebut diterima rakyat, apabila beberapa parti dan pemimpin pembangkang memohon menyertai parti pimpinan Ketua Menteri. Perpaduan bertahan sehingga PRU-15, kerana dua bulan selepas itu, perpecahan digerakan pemimpin Umno, menerusi rampasan kuasa yang dikenali sebagai Langkah Kinabalu pada 6 Januari 2023.
Apabila Umno gagal memecahkan perpaduan, dan kerajaan negeri kekal, maka dicuba lagi dengan kaedah baharu jenama BN-PH tajaan Umno, agar perpaduan kerajaan GRS-PH Plus dipecahkan. Seperti kata Presiden Umno, PRN-17 Sabah dijadikan MAKMAL jenama BN-PH.
*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .
Add Comment