fbpx
Home » Asalkan Untuk Negara
Politik sudut pandangan

Asalkan Untuk Negara

Nada yang diucapkan TSMY jauh sangat berbeza dengan pemimpin Umno, yang menyifatkan pemimpin PAS sebagai “talam dua muka, cakap siang lain malam lain” dan MN sudah tidak wujud lagi.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin secara tegas berkata, beliau tiada halangan jika PAS mahu meneruskan perundingan dengan Muafakat Nasional (MN) kerana itu usaha penyatuan ummah.

“Buatlah apa pun asalkan ia baik untuk negara,” beliau dipetik sebagai berkata selepas Sidang Akhbar Kali-5, Majlis Pemulihan Negara (MPN) dua hari lepas.

Maknanya, dalam berpolitik, TSMY tidak pernah sekalipun meletakan kepentingan diri sendiri mengatasi kepentingan negara. Beliau berjiwa besar.

Malahan, katanya, tiada syarat yang dikenakan ke atas komponen PN untuk berunding dan berbincang dengan mana-mana pihak, “asalkan untuk negara”.

Nada yang diucapkan TSMY jauh sangat berbeza dengan pemimpin Umno, yang menyifatkan pemimpin PAS sebagai “talam dua muka, cakap siang lain malam lain” dan MN sudah tidak wujud lagi.

Di sini, kitab oleh melihat kualiti seseorang pemimpin. Walaupun TSMY bukan Perdana Menteri (PM) lagi sekarang, tetapi cara beliau bercakap di depan media, kelihatan bahasa tubuhnya menyerlahkan beliau adalah seorang “Perdana Menteri” yang dirinduinya kehadirannya.

Ketika menjadi PM8 dahulu, jarang sangat kitab oleh dengar beliau bercakap isu-isu politik kerana fokus kerjanya adalah untuk “nyawa dan kesihatan rakyat”.

Beliau tidak pernah takut berdepan dengan sesiapa sahaja, walaupun ada macai-macai Umno menyerang TSMY dengan dakwaan beliau tidak berani berdepan dengan media.

Kalau beliau berani berdepan dengan Najib Razak dan kemudiannya berdepan dengan Dr Mahathir Mohamad, apalah masalahnya untuk TSMY berdepan dengan media?

Beberapa tahun yang lalu, TSMY muncul dari jutaan ahli Umno yang satu-satunya berani menegur Presiden.

Presiden Umno ketika itu ialah Perdana Menteri. Perdana Menteri ketika itu adalah Perdana Menteri yang kaya dan banyak harta.

Orang tua-tua pernah berkata, jika penakut dua perkara jangan buat. Pertama jangan tegur (baca: lawan) orang kaya.

Kedua, jangan tegur (baca : lawan) orang yang berkuasa. Tetapi, TSMY memilih takut kepada Allah melebihi takut dia kepada Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Kalau ada macai Umno nak berlawan dan berhujah dengan TSMY, elok simpan sahaja hasrat itu kerana lawan TSMY bukan macai makan dedak, tetapi Perdana Menteri dan Presiden parti.

Belum pernah berlaku dalam sejarah Umno dan kerajaan, seorang Timbalan Perdana Menteri mempunyai keberanian seperti yang ada dalam diri TSMY.

Kerana apa beliau berani? Kerana beliau buat untuk negaranya demi kerana Allah.

Prinsip TSMY, buat apa yang Allah kata betul, bukan buat apa yang kita kata betul. Apa yang Allah kata betul, sudha tentu betul. Tetapi apa yang kita kata betul, belum tentu betul.

Macai-macai pula pegang prinsip, buat apa yang boss kata betul, walaupun tidak betul kerana di situlah dedak akan mencurah-curah datangnya.

Seorang tukang kasut bercerita kepada saya, ketika Najib Razak memecat Muhyiddin, Najib Razak berkeyakinan beliau akan lebih kuat dan kekal berkuasa.

Kata tukang kasut itu lagi, itu Najib Razak sangka, tetapi ketentuan Allah tidak begitu. Muhyiddin yang disingkirkan naik semula dan akhirnya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-8.

Kalau Muhyiddin masih dalam Umno, apakah beliau dapat menjadi PM? Dari segi logik akalnya, memang mustahil.

Kemudian Presiden Umno dan bekas Presiden Umno berpakat dengan 15 yang lain untuk menyokong DS Anwar Ibrahim menjadi PM, dengan alasan penjajaran baharu politik.

Apakah Berjaya perancangan mereka ini? Jawapannya tidak kerana Allah bukan sahaja tak tidur malahan mengantuk pun tidak.

*Daud Ibrahim adalah penulis bebas

**Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan Sabah Baru News

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!