Harry Lee Vui Khun berkata bayaran itu bermula pada 2014 sebanyak S$200,000 dan kemudian meningkat kepada S$520,000 sebulan pada 2017.
Bekas Pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) mengesahkan di Mahkamah Tinggi bahawa syarikatnya menghantar wang tunai setiap bulan dalam Dolar Singapura kepada bekas perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi dari 2014 hingga 2018 berhubung kontrak sistem visa luar negara (VLN).
Harry Lee Vui Khun berkata bayaran kepada Zahid bermula akhir tahun 2014 dengan bayaran sebanyak S$200,000 sebulan kemudian meningkat kepada S$520,000 sebulan pada 2017.
“Bayaran S$200,000 sebulan bermula pada hujung tahun 2014 dan berterusan sehingga pertengahan 2015. Dalam tempoh itu, kami ada pergi ke rumah beliau (Zahid) di Country Heights, Kajang dan dalam perjumpaan itu Zahid meminta sumbangan bulanan dinaikkan. Selepas berbincang dengan Wan Quoris (pengarah UKSB) dan David Tan, kami bersetuju untuk (memberi) S$300,000 sebulan.
Add Comment