fbpx
Home » BERSATU Menyatukan
Politik sudut pandangan

BERSATU Menyatukan

Mereka menjatuhkan MB dari Bersatu di Perak. Mereka dapat kerusi MB dengan sokongan Bersatu di Johor dan akhirnya mereka dapat menjadi PM dengan pengkhianatan yang diketuai kluster mahkamah. (Gambar Hiasan)

Siri 2
(sambungan semalam 20 Jun 2022)
HASRAT Presiden Bersatu ialah menyatukan semua parti Melayu di bawah satu ‘khemah besar’.


Kestabilan politik Melayu akan memberi kelebihan kepada semua parti-parti lain yang bersama-sama dalam perjuangan ini.


Namun, usaha yang dirintis oleh Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (TSMY) dikhianati oleh 15 Ahli Parlimen dari Umno/BN yang bercita-cita bertanding solo dalam PRN, PRU dan PRK.


Mereka menjatuhkan Menteri Besar (MB) dari Bersatu di Perak. Mereka dapat kerusi MB dengan sokongan Bersatu di Johor dan akhirnya mereka dapat menjadi PM dengan pengkhianatan yang diketuai kluster mahkamah.


TSMY merintis jalan ke arah penyatuan politik Melayu dengan harapan puak mereka yang sudah terjun masuk longkang (saya pinjam kata-kata Dr Khir Toyo) sedar diri, tidak menyombong dan berhenti bercakap bohong.


Rupa-rupanya, sebaik sahaja mereka dapat keluar dari “longkang”, mereka menyusun politik “pintu belakang” dengan menulis surat kepada pihak istana untuk politik dalam jajaran baharu, iaitu menyokong pemimpin pembangkang menjadi Perdana Menteri.


Tindakan pantas TSMY melepaskan jawatan PM dan menyokong ISBY menggantkannya, menyebabkan usaha “pengkhianat 15” ini menemui kegagalan dan kerajaan PN dapat dipertahankan, dengan nama Keluarga Malaysia.


TSMY dilantik oleh Perdana Menteri ISBY dengan jawatan Majlis Pemulihan Negara (MPN).


Mengetahui kebolehan TSMY, kita semua tidak perlu bimbang dengan kemampuannya.


Ada pihak yang dengki dengan apa yang dibuat oleh TSMY, serangan bertalu-talu ditujukan kepada pemimpin BERSATU ini.


Terbaru, ada dakwaan TSMY diberikan rasuah RM1.3 juta. Namun, TSMY sudah menafikan tuduhan itu dan beliau ketika tarikh-tarikh yang disebut oleh pemfitnah tersebut, berada di Hospital Singapura kerana rawatan barah yang dihidapinya.


Kebelakangan ini, banyak parti lahir. Ini merupakan ujian buat kita. Bagaimana harus kita menarik sokongan golongan tua dan menawarkan harapan kepada golongan muda khususnya Undi-18.


Anak-anak muda yang mempunyai ism perjuangan anti rasuah tentunya memilih BERSATU sebagai wadah perjuangan, jika kita semua yang berada di sini dapat mendekati golongan ini dan menyampaikan matlamat parti kepada mereka.


Rakyat akan memilih dan mereka sekarang sedang melihat kerja buat parti kita. Ingat ketika Pandemik Covid-19, BERSATU ke hadapan dalam menyampaikan bantuan kepada rakyat.


Memetik kata-kata Perdana Menteri 8, TSMY ketika itu, pastikan atas meja ada makanan untuk rakyat. Jangan ada yang tertinggal di belakang.


Pelbagai bentuk bantuan disampaikan termasuk wang tunai selain keperluan asas. Parti kita, pemimpin kita kerajaan kita digelar sebagai “berkebajikan”.


Kekalkan gelaran tersebut dan wujudkan gelombang tersebut sampai bila-bila. Yang penting, jadi pemimpin jangan cakap bohong.
Jangan janji kosong dan santuni rakyat ketika mereka memerlukan kehadiran kita.


Jangan sesekali kita mengutuk ahli-ahli Umno kerana bukan semuanya tidak baik.


Memang Umno sudah tidak boleh diperbaiki lagi, tetapi kita doakan ahli-ahlinya diberikan hidayah oleh Allah supaya beralih kepada wadah yang lebih segar, amanah, berintergriti dan bermaruah.


Kerja baik yang kita buat mungkin tidak mendapat pujian dari sesame manusia tetapi percayalah malaikat mencatat dan Allah Maha Mengetahui.


Ahli BERSATU kena ‘berubah’. Jangan bawa perangai parti lama. BERSATU adalah sebuah parti yang 100 peratus berlainan dari parti yang mengamalkan rasuah dan tidak berintergriti.


Ini jelas!


Perjuangan BERSATU adalah untuk membawa perubahan dan memperbaiki kerosakan.


Usah dikenang kisah lama tetapi jadikan pengalaman dahulu sebagai pedoman kita meneruskan perjuangan suci ini.


Bersambung
(Sebahagian teks ucapan saya di Pemukiman Bersatu Bahagian Mersing pada Jumaat 17 Jun 2022 di Hotel Everly, Putrajaya)

*Daud Ibrahim ialah penulis bebas

**Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan Sabah Baru News

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!