fbpx
Home » Bila Nak Mula Bergerak?
Politik sudut pandangan

Bila Nak Mula Bergerak?

Jangan peduli penghinaan, ejekan dan caci nista. Negara ini perlu diselamatkan. Untuk menang, kita perlu mempunyai penyokong yang ramai. Untuk menarik sokongan, ingat pesan Presiden parti kita, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, “why we are here”. (GAMBAR HIASAN)

KITA sudah menghadiri kursus. Kita sudah menghadiri pemukiman. Kita sudah menghadiri seminar. Banyak juga ilmu dan pelajaran baharu yang kita kutip, selama berada di dalam kursus, pemukiman dan seminar.

Justeru, bila kita nak mula bergerak, turun ke bawah, berjumpa seramai mungkin kenalan dan kawan-kawan, mengajak mereka bersama-sama kita, bergerak dalam satu pasukan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), bagi berdepan dengan parti lama yang terpalit dengan rasuah.


Jawapannya, sekarang. Kita kena mulakan hari ini, jika semalam kita belum mulakan. Kita kena tahu, masa tidak pernah menunggu kita. Kita kena pantas, jika tidak, kita akan ketinggalan.

Ingat, jangan sesekali kita menunggu peruntukan dari atas, baru kita mahu bergerak. Mulakan dengan pengorbanan. Sambil menyelam minum air. Kita ke pasar, kita ke kedai, kita ke bengkel, di tempat kerja atau di kawasan rekreasi, kita menambah koleksi nombor telefon kenalan baru. Ingat, keanggotaan Bersatu kini mencecah 800,000. Jika setiap anggota menambah seorang, setiap sehari, kitab oleh menggandakan jumlah dari 800,000 menjadi 1.6 juta, kemudian, 2.4 juta dan seterusnya. Ramai di luar sana ingin Bersama-sama perjuangan kita. Mereka tahu, tanpa Bersatu, Barisan Nasional (BN) tidak dapat ditumbangkan.

PAS dan lama cuba menumbangkan BN, tetapi hanya berjaya melakukannya di Kelantan, sesekali di Terengganu dan Kedah.

DAP sudah lama ingin menumbangkan BN, tetapi hanya berjaya di Pulau Pinang. PKR juga berusaha menumbangkan BN, setakat ini berjaya di Selangor dan Negeri Sembilan. Amanah, yang baru sahaja ditubuhkan, dengan kerjasama PKR, DAP dan semestinya Bersatu, berjaya (walaupun seketika) menumbangkan BN di Melaka.

Jangan peduli penghinaan, ejekan dan caci nista. Negara ini perlu diselamatkan. Untuk menang, kita perlu mempunyai penyokong yang ramai. Untuk menarik sokongan, ingat pesan Presiden parti kita, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, “why we are here”.
Maknanya, kita kena ingat kembali kenapa kita berada di sini, di dalam parti ini dan bersama perjuangan ini.

Dari sebuah parti yang banyak duit, kita mudah menerima pelbagai pemberian dan rasuah, kini kita menolak semua penyelewengan, menolak pemimpin yang bercakap bohong secara bersiri dan menolak kleptokrat, kerana kita mahu menyelamatkan negara ini.
Negara kita dimalukan dek perbuatan mereka. Seluruh dunia tahu bahawa sang kleptorat merompak wang negara untuk masuk ke akaun dia, isterinya dan kroni-kroninya. Dia pasang seorang dua, menjadi Ketua Pengarah Jabatan, bagi tujuan mempertahankan ‘kemungkaran’.

Alhamdulilah, dalam PRU-14, Allah memperkenankan permohonan dan do akita untuk menumbangkan mereka. Ingatkan, selepas mereka tumbang, mereka sedar kesilapan yang mereka lakukan. Malangnya, setelah mereka dibantu keluar dari longkang, mereka menjadi angkuh dan ganas Kembali.

Pastikan kit amula bergerak sekarang. Hindarkan perbalahan sesama sendiri. Cari titik persamaan. Jangan jatuh menjatuh sesama sendiri. Saling lengkap melengkapi. Kalau ada yang merajuk, itu bukan tugas kita memujuk. Biarlah dia memujuk diri dia sendiri. Tugas kita, tidak lain tidak bukan, membantu Presiden dan Ketua Bahagian kita, memperkuatkan parti kita. Kuat parti kita, dengan penambahan ahli yang ramai, kemenangan yang kit acari, Insyaallah tercapai.

Amatlah malang jika kita terfikir mahu kembali ke parti asal kita, kerana di sana ada kleptokrat dan pembohong. Amatlah buruk sikap kita kalua kita merasakan diri kita tidak dihormati Ketika kita berada di sini. Sikap kita sendiri akan menjadikan kita dihormati. Jadi, berubahlah. Dari seorang yang pasif kepada seorang yang aktif dan positif!

*Daud Ibrahim merupakan penulis bebas

**Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pandangan Sabah Baru News

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!