fbpx
Home ยป Bomba selamatkan lelaki pengsan di Bukit Gunung
Am Berita Dalam Negara

Bomba selamatkan lelaki pengsan di Bukit Gunung

Anggota bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menurunkan mangsa yang pengsan ke kaki bukit menggunakan peralatan khas dari ketinggian 100 meter ketika aktiviti mendaki di Bukit Gunung, Bachok, pada Jumaat. – Foto Sinar Harian

BACHOK: Seorang lelaki berusia 39 tahun yang dilaporkan pengsan ketika melakukan aktiviti mendaki Bukit Gunung, di sini pada Jumaat diselamatkan oleh anggota bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Penolong Penguasa Bomba Yus Heary Mahmud berkata, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba serta Penyelamat Bachok dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 9.53 pagi.

“Mangsa dikatakan mendaki bukit tersebut bersama tujuh lagi rakannya sebelum ditemui pengsan.

“Kami mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menurunkannya ke kaki bukit menggunakan peralatan khas dari ketinggian 100 meter,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Jumaat.

Menurutnya, semasa operasi menyelamat dilakukan, mangsa masih tidak sedarkan diri dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan serta tindakan lanjut. –Sinar Harian

AWANI

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!