fbpx
Home ยป Bunuh bapa kandung, lelaki dipenjara tujuh tahun
Berita Tempatan Jenayah

Bunuh bapa kandung, lelaki dipenjara tujuh tahun

PADAH: Tertuduh diiring keluar selepas prosiding mahkamah dijalankan. — cc gambar deasoka

TAWAU: Seorang lelaki dihukum penjara tujuh tahun selepas didapati bersalah menyebabkan kematian bapa kandungnya enam tahun lalu oleh Mahkamah Tinggi Tawau di sini, semalam.

Pesalah yang berumur 27 tahun ketika kejadian dijatuhkan hukuman itu oleh Hakim Mahkamah Tinggi Alwi Abdul Wahab selepas mendengar penghujahan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan kes.

Menurut kertas pertuduhan, tertuduh didapati melakukan perbuatan itu pada 18 Mei 2017 kira-kira jam 2 pagi di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sungai Gading Jalan Apas Wakuba.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) dipercayai telah membunuh bapa kandungnya yang berumur 56 tahun ketika kejadian.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Tawau pada 8 Januari 2020 telah memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Mesra Bukit Padang Kota Kinabalu di bawah perkenaan Yang Di-pertua Negeri Sabah seperti yang diperuntukkan mengikut Seksyen 348 (1) Akta Prosuder Jenayah.

Bagaimanapun, keputusan berkenaan kemudian dirayu ke Mahkamah Rayuan dan telah mendapati satu kes prima facie mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tertuduh kemudian dipanggil membela diri pada 25 April tahun ini dan keputusan akhir pada 3 Jun.

Keputusan akhir mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mahkamah mensabitkan jatuh hukum mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hurman Hussin manakala tertuduh diwakili peguam Philip Lee.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bermula tarikh jatuh hukum.

UtusanBorneo

About the author

Admin Wa

Add Comment

Click here to post a comment

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!