fbpx
Home » Coklat premium keluaran tempatan banyak dijual pasar raya
Berita Tempatan Perusahaan Perladangan dan Komoditi,

Coklat premium keluaran tempatan banyak dijual pasar raya

Turut hadir di Seminar Kebangsaan Koko Malaysia di Kota Kinabalu baru-baru ini ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Ravi Muthayah; Pengerusi Lembaga Koko Malaysia, Rahimah Majid dan Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia, Dr Ramle Kasin.

KOTA KINABALU, 22 Jun – Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Willie Anak Mongin menafikan bahawa produk berasaskan koko yang dihasilkan pengusaha tempatan tidak kelihatan di pasar-pasar raya di negara ini.

Sebaliknya, beliau memaklumkan bahawa banyak produk koko termasuk coklat premium dipasarkan di pasar raya seluruh negara, namun tidak disedari kerana jenamanya mungkin seperti dari luar negara.

“Sebenarnya tidak benar kita tiada produk koko di pasar raya, coklat jenama Beryl’s sebenarnya produk tempatan. Jenamanya seperti dari Eropah atau Amerika tetapi hampir semua jenama coklat yang kita ada berada di dalam pasar raya dan keluaran negara kita.

“Malah kalau kita lihat pada label ada yang dikeluarkan dari Serdang, Bangi dan kalau kita pergi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kebanyakan coklat adalah dikeluarkan oleh pengusaha tempatan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Koko Malaysia di sini pada Rabu.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Ravi Muthayah; Pengerusi Lembaga Koko Malaysia, Rahimah Majid dan Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia, Dr Ramle Kasin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas berhubung coklat premium keluaran tempatan kurang dikenali oleh rakyat Malaysia berbanding jenama dari negara luar.

Tambah beliau, perlunya ada kesedaran daripada bukan saja pengusaha malah rakyat di negara ini mengenai mutu dan keunggulan coklat tempatan.

“Kita lihat kesedaran masih belum mencapai tahap yang memberangsangkan kerana ramai antara kita mempunyai pemikiran yang tidak kenal akan kebaikan coklat.

“Walhal bahan mentah itu banyak yang kita eksport ke luar negara untuk dihasilkan sebagai coklat premium dan apabila mereka jual dengan harga yang tinggi kepada kita, kita beli dan kita agung-agungkan coklat dari luar. Pada hal bahan itu dari kita,” katanya.

Sehubungan itu, Willie meminta kerjasama daripada pelbagai pihak untuk bersama-sama memperkenalkan produk koko sama ada hiliran, pertengahan atau huluan supaya industri koko negara mampu berdaya saing setanding dengan luar negara.

Berita Bersatu

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!