fbpx
Home » COVID-19: 10 kematian baharu direkodkan, 1 BID
Berita Dalam Negara Covid-19

COVID-19: 10 kematian baharu direkodkan, 1 BID

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 10 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,902 orang, daripada lebih 2.83 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, satu kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Untuk rekod, kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 45,208 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 37,772 individu atau 83.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,528 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Sebanyak 2,762 kes dirawat di hospital dan 146 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 81 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 65 lagi memerlukan mesin ventilator.

-astroawani

Semua Topik

error: Content is protected !!