fbpx
Home ยป COVID-19: 2,536 kes baharu, lima kematian direkod
Berita Dalam Negara Covid-19

COVID-19: 2,536 kes baharu, lima kematian direkod

Kes aktif COVID-19 dalam negara ketika ini sebanyak 29,793.

KUALA LUMPUR: Lima kes kematian akibat COVID-19 dicatatkan pada Ahad.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, jumlah kematian dalam negara ketika ini adalah 35,776 kes.

Tiada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID).

Sementara itu, kes baharu meningkat ke 2,536 kes dengan tiga daripadanya merupakan kes import.

Manakala kes aktif COVID-19 dalam negara ketika ini sebanyak 29,793.

28,508 individu atau 95.7 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah manakala hanya 19 individu ditempatkan di PKRC.

Seramai 1,221 pesakit dirawat di hospital dengan 45 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

AWANI

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!