fbpx
Home ยป Covid-19: Korea Utara catat enam lagi kematian
Berita Luar Negara Covid-19

Covid-19: Korea Utara catat enam lagi kematian

SEOUL – Korea Utara pada Selasa melaporkan enam lagi kematian disyaki akibat jangkitan Covid-19 dan negara itu mengerahkan tentera untuk membekalkan ubat ke farmasi di Pyongyang, lapor Agensi Berita Yonhap.

Menurut maklumat ibu pejabat pencegahan wabak, enam kematian dilaporkan setakat 6 petang Isnin, menjadikan jumlah korban meningkat kepada 56, memetik Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un sebelum ini telah mengarahkan sistem bekalan ubat diperkasa dan tentera digerakkan bagi menstabilkan bekalan ubat.

Kilang farmaseutikal di seluruh negara telah meningkatkan pengeluaran dan kira-kira 11,000 pegawai, tenaga pengajar dan pelajar institusi perubatan dikerahkan untuk membantu merawat pesakit bergejala.

Jumlah kes yang mempunyai simptom demam mencapai lebih 1.48 juta menyaksikan lebih 819,090 pesakit pulih dan sekurang-kurangnya 663,910 lagi sedang dirawat.

Khamis lalu, Korea Utara melaporkan kes pertama selepas mendakwa negara ini bebas Covid-19 selama lebih dua tahun.

– Bernama

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!