fbpx
Home » Datuk Seri Hajiji Ajak Rakyat Sabah Patuhi SOP
Berita Tempatan Kesihatan Politik

Datuk Seri Hajiji Ajak Rakyat Sabah Patuhi SOP

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengajak rakyat Sabah supaya terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan menjelang Sambutan Hari Raya Aidiladha pada Selasa.

Beliau berkata langkah itu penting bagi membantu membendung penularan pandemik Covid-19.

Semalam, Sabah mencatatkan 666 kes baharu Covid-19, iaitu rekod tertinggi setakat ini bagi negeri ini.

Hajiji berkata ini merupakan tahun kedua umat Islam menyambut Aidiladha ketika penularan pandemik COVID-19.

“Aidiladha pada kali ini mengingatkan kita erti kesabaran dan berlapang dada dalam menempuh kesukaran hidup.
“Dan laksanakanlah ibadah korban dengan penuh penghayatan di samping mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusannya sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Hajiji turut menghargai kesungguhan pasukan barisan hadapan dalam menangani jangkitan COVID-19 dan kini keadaan semakin terkawal di negeri ini.

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!