fbpx
Home » Gempar !!! Gerak 98 dedah kenapa PKR kalah semua kerusi di Melaka
Politik PRU/PRK sudut pandangan

Gempar !!! Gerak 98 dedah kenapa PKR kalah semua kerusi di Melaka

blank

Saya hadir di dua hari pertama dan dua hari terakhir Pilihanraya Negeri Melaka, hasrat asalnya menyantuni sahabat-sahabat lama di sana, sama ada yang berjaya menjadi calon, yang tidak dicalonkan dan juga yang bertugas penuh komited di belakang tabir.

Awalnya, kelihatan seperti Pakatan Harapan tidak punya banyak masalah bila memasuki kempen PRN ini, tidak seperti gabungan parti pemerintah yang berpecah, bilamana BN dan PN memutuskan untuk mengikut haluan masing-masing, bertanding secara berasingan. Isu-isu seperti pertukaran calon dan calon Ketua Menteri PH ketika itu berjaya diselesaikan secara dalaman.

Dari segi kesatuan dan perpaduan PH nampak mampat.

Berkempenlah masing-masing dalam SOP yang ketat dan norma baharu pilihanraya yang canggung serta pelik hinggalah berlangsungnya pengundian pada hari ini.

Lintasan-lintasan lembaran skor keputusan awal memberi petunjuk yang membimbangkan, sama dengan kerisauan yang telah saya nyatakan sedari awal kempen lagi, iaitu peratusan keluar mengundi, terutamanya dari kelompok penyokong PH. Tetapi, petunjuk yang hadir dari lembaran-lembaran skor ini sedikit lain dan sangat khusus.

Terlihat, peratus terendah keluar mengundi sering ditunjukkan di saluran-saluran terakhir, iaitu saluran orang muda!

Mengapa? Bahkan pada satu waktu menjelang tengahari, saya hubungi sahabat saya Merlia KU atau Hasmorni Tamby yang bertanding di DUN Sungai Udang (dia yang menyediakan penginapan saya di dua hari terakhir ini).

Saya hubunginya untuk bercakap soal lain, tetapi ayat pertamanya adalah “so bad…,” dia memberitahu saya yang dia baharu keluar dari satu pusat mengundi yang saluran terakhirnya (pengundi muda) punya pengundi mencecah 1400 orang, tetapi yang mengundi sampai waktu itu hanyalah 78 orang kalau tidak salah pendengaran saya.

Apakah ini isyarat protes orang muda?

Mengapa? Sedangkan sejarah kebangkitan Pakatan Harapan dan Pakatan Rakyat sebelum itu, dalam PRU-PRU 2008, 2013 dan 2018, banyak didokong oleh sokongan pengundi-pengundi muda, pengundi pertama kali. Lalu saya melihat senario ini berlaku bukanlah bersebab bagaimana kita memasuki PRN ini, tetapi kerana mengapa PRN ini berlaku.

Orang-orang muda baharu mahu menyambung usaha memulakan kehidupan yang terbantut akibat serangan Covid-19. Dalam berani-berani takut mereka cuba bangun semula, menormalkan ketakutan yang masih ada.

Malangnya tiba-tiba empat ADUN di blok Kerajaan Melaka ketika itu menarik balik sokongan yang menyaksikan tumbangnya Kerajaan Melaka, dan Tuan Yang Terutama pula memperkenankan pembubaran DUN yang memaksa sebuah Pilihanraya Negeri diadakan. Jadi orang muda marah kepada empat orang ADUN ini yang bertanggungjawab terhadap keberlangsungan PRN ini.

Kemarahan ini bukanlah kerana mereka menyokong Kerajaan Negeri ketika itu, tetapi kerana pilihanraya. Orang muda di Melaka tidak mahu disibukkan dengan politik dan pilihanraya ketika ini, sebab mereka sedang sibuk membina semula kehidupan.

Dan pilihanraya juga menghalang usaha mereka yang sedang menormalkan semula ketakutan yang bersarang.

Asasnya kemarahan orang muda ini tiada kaitan dengan Pakatan Harapan, bukan Pakatan Harapan yang membubarkan kerajaan dan memungkinkan sebuah pilihanraya. Tetapi apabila Keadilan mengutip sampah punca kemarahan, menerima sebagai anggota dan menjadikan pula mereka sebagai calon pilihanraya, anda boleh jawab sendiri lempias marah orang muda ini akan tertuju kepada siapa.

Sebelum saya pergi ke Melaka di dua hari pertama, saya sudah menegur lewat sebuah pantun;

Ditelan mati emak
Diluah mati bapak
Dikata orang tamak
Kita pula mengejar katak

InfoRakyat

About the author

blank

Admin Wa

Add Comment

Click here to post a comment

Semua Topik

error: Content is protected !!