fbpx
Home » Hajiji Terima Kunjungan Hormat Pesuruhjaya Polis Sabah Baharu
Berita Tempatan

Hajiji Terima Kunjungan Hormat Pesuruhjaya Polis Sabah Baharu

blank
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bertemu dengan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Polis Sabah baharu, Datuk Idris Abdullah di Menara Kinabalu, di sini pada Khamis, antara lain untuk membincangkan keadaan keselamatan negeri ketika ini.

Idris sebelum ini memegang jawatan Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan, Perjawatan) Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, mengambil alih tugas sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah dari Datuk Hazani Ghazali pada 9 September yang lalu.

Hazani telah dinaikkan pangkat sebagai pengarah di Jabatan Keselamatan dan Ketenteraman Awam di Bukit Aman.

Semasa kunjungan hormat tersebut, Idris ditemani oleh Ketua Siasatan Jenayah Negeri Datuk Jauteh Dikun, Ketua Pengurusan Polis Negeri, SAC Zabidi Md Zin dan Ketua Cawangan Khas Negeri, SAC Mohd Salleh Yahya.

About the author

blank

SBN Admin

Add Comment

Click here to post a comment

Semua Topik

error: Content is protected !!