Home » Harga Barang Naik: Kerajaan Harus Memandang Serius
ekonomi Hal Ehwal Pengguna

Harga Barang Naik: Kerajaan Harus Memandang Serius

KUALA LUMPUR: Kenaikan harga barangan terutama barang basah sejak kebelakangan ini benar-benar memberi kesan kepada pengguna yang masih berdepan dengan pandemik COVID-19 dan meminta sesuatu dapat dilakukan agar kenaikan harga itu dapat dikawal.

Boleh dikatakan kenaikan harga barang pada sekitar 10 hingga melebihi 50 peratus mengikut jenis harga barang amat tidak mengembirakan pengguna dan peniaga.

Ketua Penerangan Armada Negeri Perlis , Wan Zikri Afthar menggesa kerajaan segera menangani kenaikan harga barang.

“Apa yang berlaku pada kerajaan lepas yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin berjaya mengawal harga barangan sehingga tarikh beliau meletakkan jawatan”.

“Kerajaan sekarang mempunyai kapasiti untuk mengawal harga tersebut. Contoh kita ada harga siling , kenapa tidak dikuatkuasa harga siling tersebut.

“Mereka (kerajaan) akan mencari seribu satu alasan untuk”menghalalkan” kenaikan harga barang ini.Sepatutnya mereka boleh mendesak kerajaan seperti yang meraka lakukan pada kerajaan yang dipimpin oleh Abah suatu ketika dahulu. Tapi kenapa desakan itu tidak berlaku pada kerajaan sekarang yang dipimpin oleh Datuk Seri Ismail Sabri.

Beliau cuma berharap kerajaan memandang hal ini lebih serius dan isu harga barang diutamakan dari isu yang remeh-temeh. Ia disebabkan rakyat amat terkesan buat masa ini, katanya kepada wacana sebentar tadi.

Ketua Penerangan Armada Negeri Perlis , Wan Zikri Afthar

Kenaikan harga barang basah itu sebenarnya turut merunsingkan para peniaga dan mengatakan kenaikan itu tidak dapat dielakkan atas beberapa faktor terutama daripada pihak pembekal.

Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPPKMWP) Mohammad Pandu Insani Yahya berkata berikutan itu peniaga juga terpaksa mengeluarkan modal tinggi untuk mendapatkan barangan tersebut menyebabkan berlaku sedikit kenaikan harga.

“Apabila kami beli pun harganya sudah meningkat, kos kenaikan itu juga terpaksa ditanggung pembeli namun saya harapkan peniaga janganlah ambil kesempatan untuk naik harga melambung. Kadang-kadang kami rugi apabila pembeli tidak membeli barangan kami,” katanya.

“Apabila kami beli pun harganya sudah meningkat, kos kenaikan itu juga terpaksa ditanggung pembeli namun saya harapkan peniaga janganlah ambil kesempatan untuk naik harga melambung. Kadang-kadang kami rugi apabila pembeli tidak membeli barangan kami,” katanya.

WACANA

Semua Topik

error: Content is protected !!