(Gambar arkib) Penetapan harga minyak petrol dan diesel ditangguh sementara buat masa ini ketika tinjauan di Stesen Shell Jalan Bangsar. – NSTP/AZHAR RAMLI
KUALA LUMPUR: Harga minyak yang mahal ketika ini dijangka kekal berterusan berikutan stok minyak global yang rendah bagi tempoh beberapa tahun ini akan berpanjangan, demikian mengikut Hong Leong Investment Bank Research.
Menurut bank pelaburan itu dalam nota penyelidikannya, inventori minyak global menurun 17 peratus kepada 2.65 bilion tong pada Februari 2022 daripada paras tinggi 3.2 bilion tong pada Julai 2020.
Katanya, keadaan itu memberikan tekanan menaik selanjutnya ke atas harga minyak global pada masa hadapan.
“Di sebalik ikrar OPEC+ untuk meningkatkan output minyaknya, iaitu tambahan 400,000 tong sehari pada setiap bulan, ketika perjumpaan April lalu, namun pengeluaran sebenar adalah tidak menepati jangkaan.
“Ia antara lain disebabkan oleh kemuflisan pengeluar syal AS, kawal selia dalam harga karbon dan peraturan lain yang dipacu oleh iklim, kurang pelaburan dalam mengembangkan kapasiti minyak, dan mandat alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) untuk menyahkarbon,” katanya.
Menurut bank pelaburan itu, ketegangan geopolitik yang semakin meningkat juga menjadi punca kepada masalah itu.
— BH
Add Comment