fbpx
Home » Hayati tema Pesta Kaamatan, seru Dr Jeffrey
Berita Tempatan Perayaan

Hayati tema Pesta Kaamatan, seru Dr Jeffrey

MELAKA: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan 2022 merasmikan Pesta Kaamatan Kadazandusun Cultural Association (KDCA) Melaka bertempat di Hotel LaCrista Melaka pada Sabtu.


Jeffrey yang juga Ahli Parlimen Keningau  turut diiringi isterinya, Datin Seri Cecilia Edwin Kitingan; delegasi KDCA Pusat serta pegawai-pegawai dari pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen (PKRP) Keningau.


Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang Melaka Dr Mohd Aleef Yusof.
 
Kaamatan KDCA Melaka ini dipengerusikan oleh Solastica Chin yang mana pengisian majlis seperti Pertandingan Unduk Ngadau, Sugandoi dan jualan makanan tradisi seperti pekasam ikan, serunding dan jualan kraf tangan seperti gelang dan rantai tangan.


Pertandingan Unduk Ngadau turut disertai seramai 10 orang peserta yang dimenangi oleh Lisa Ng Pei Sia (Johan), Naib Johan Easter Kelly John dan tempat ketiga, Ellieelisa Martine.


Penyampaian hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Cecilia.

Turut hadir di Majlis ini,Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang Melaka Dr Mohd Aleef Yusof.


Bagi acara Sugandoi KDCA Melaka seramai 17 orang peserta mengambil bahagian dalam acara tersebut.


Tempat pertama dimenangi oleh Terence Asangki (Johan), Naib Johan Wences Junior dan ketiga Ivarmichaela Ivo.


Dalam ucapan perasmian, Jeffrey mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur yang telah berjaya menganjurkan perayaan kaamatan pada tahun ini yang mana beliau menyentuh tentang tema kaamatan pada kali ini iaitu ‘Kaamatan Menjiwai Alam Semulajadi’ dan mengingatkan bahawa kita semua bertanggungjawab menjaga alam sekitar agar kekal bersih dan terpelihara.
 
Dalam majlis itu Jeffrey dan rombongan berkesempatan beramah mesra dengan komuniti KDMR yang turut dihadiri oleh komuniti Cina dan India serta pelancong dari luar negara.

Kenneddy Corlleus

Semua Topik

error: Content is protected !!