fbpx
Home ยป IPT tidak dibenar naikkan yuran pengajian
Berita Dalam Negara Pendidikan

IPT tidak dibenar naikkan yuran pengajian

Gambar hiasan. – Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Institut Pengajian Tinggi (IPT) tidak dibenarkan menaikkan yuran masing-masing berikutan penetapan moratorium ke atas kenaikan yuran sejak semester kedua sesi akademik 2019/2020.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam kenyataan berkata, pihaknya menetapkan moratorium ke atas kenaikan yuran susulan penularan pandemik COVID-19 ketika itu.

“Ia dilakukan atas dasar keprihatinan dan cakna kebajikan rakyat khususnya penuntut IPT terutamanya ketika negara baru sahaja memasuki Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April lalu.

“Justeru, IPT tidak dibenarkan untuk menaikkan yuran masing-masing,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kerajaan masih menanggung sepenuhnya kos operasi dan sumber kewangan yang disediakan bagi universiti awam (UA).

“UA masih mampu untuk melaksanakan tanggungjawabnya dalam memberi pendidikan kepada rakyatnya,” katanya.

BH

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!